Nuffnang

Saturday 4 May 2013

ASRAMA / Chapter 8 #16

Ini ialah penceritaan semula cerita ASRAMA. Aku decide untuk post balik and ubah cerita asal which is for me not appropriate and too much explicit thingy. Penceritaan semula ASRAMA atau nama lain dia ialah Volume I Remaja adalah lebih panjang, lebih sopan dan boleh dibaca oleh pelbagai lapisan umur dan masyarakat, bangsa, agama serta gender. Hahaha. Actually sesiapa nak baca, ah sekati korang la nak baca ke tak ke apa ke. There is no paksaan at all.

Penceritaan semula ASRAMA ialah berbeza almost 80% dengan cerita asal yang aku pernah post sebelum ni. Jadi kalau nak baca balik pun takpe sebab ada certain part yang memang totally different. Maybe ada yang pernah baca di Wattpadd which is kalau di wattpad, aku post cerita ini dengan tajuk bernama REMAJA

Apa-apa pun, enjoy!


Chapter 8
Jumaat malam Sabtu. Heaven! Terasa da macam menang loteri sebab esok ialah hari cuti dan sah-sah tak payah belajar. Paling seronok semestinya bila tak payah basuh baju sekolah Paan and gosok baju budak lelaki tu. Hip Hip Hooray!
Haikal da selamat baring terlentang atas katil lepas siap pakai baju. Rambut dia masih basah sebab baru lepas mandi tadi. Again, hari ni dia main futsal lagi dengan roommate dia and bebudak lain untuk meluaskan lagi hubungan silaturrahim dia. Perghh, ayat kau. KAH KAH KAH. Kemain yizlumik gila. Like sebelum ni kan, dia mana la sangat nak beriadah bermesra dengan orang lain pada waktu petang. Cuma sekarang ni, dia rasa, apa salahnya dia bersuka ria berjimba bermesra dengan bebudak batch dia yang lain. Takkan la disebabkan hal Imran and Paan semata, dia nak abaikan life dia and duduk bertapa dalam bilik je setiap petang. 
Kan? 
Sila bersetuju dengan aku. 
Roommate dia semua masing-masing da selamat bertapa kat atas katil. Dani tengah terangguk-angguk sambil headphone melekap kat telinga. Sambil-sambil tu, mamat tu tengah husyuk baca majalah apa tah kat atas riba dia. Entah-entah baca Playboy. Hahahahahahhaah. Dia syak roommate dia tu tengah dengar lagu headbanging apa entah sebab gaya angguk dia layan lagu tu memang la lain macam je. Adam mamat yang banyak cakap tu pulak tengah baca Lawak Kampus and lagi sorang roommate dia tengah sibuk kemas almari. 
Dia tengok jam loceng atas meja belajar dia. Baru jam 9 malam. Pfft. Jam loceng tu abang dia yang kasi sebelum dia masuk sini dulu. Konon-kononnya sebagai hadiah untuk dia tak bangun lambat ke kelas masa belajar nanti. Hadiah yang abang dia kasi sangat la tak boleh belah okay. Ingat aku macam kau ke yang tidur macam gajah tak ingat dunia. Kasi la aku laptop ke mp3 ke apa ke. (gila nak demand je kau ni Haikal. :P) Ni ada ke kasi jam loceng? Tak bergaya langsung. Kau memang la abang yang hambar gila kat dalam seantero dunia ni.  
Haikal bangun and bergerak ke katil Dani lepas tu. Dani tolak headphone ke leher and pandang Haikal sambil angkat kening. Dia boleh dengar BYOB terlepas dari headphone si Dani tu. 
Haikal sengih. “Bosan. Jom lepak kat bilik tv. Layan movie.”
“Great idea! Jom. Aku pun tengah bosan nak mati ni sebenarnya.” Setuju Dani laju. Haikal impress. Tak sangka la pulak budak ni terus setuju je. Kalau dia tahu mamat Dani memang kaki layan movie ,baik dia ajak awal-awal tadi lepas solat isya’. Takde la aku mati kebosanan 15 minit pikir nak buat apa kat atas katil tadi. 
“Guys. Kitorang nak tengok movie kat bilik tv. Siapa nak join?” Ajak Dani lepas tu kat baki dua orang roommate dia.
“Nak nak nak ikut.” Jawab Adam teruja. HAHAHAHAHAHHA. Mamat ni la kan. Apa yang dia buat, semuanya akan jadi dua kali ganda teruja dari biasa.  “Tengok cerita apa?” Tanya Adam dengan mata bersinar teruja. Mamat tu duduk tegak atas katil and letak Lawak Kampus ke tepi. 
“Not sure yet.” Dani kerut dahi. Kita tengok je la dulu movie apa yang ada kat bawah tu. Maybe kat dalam bilik TV pun da ramai orang and dorang da start layan movie.” Jawab Dani. “William, kau nak ikut?” Dani ajak roommate dorang yang lagi satu tu.
“Nak, nak. for sure.” Jawab William dengan telo pelik sikit. Mamat William ni sebenarnya Chindian. Mak dia Cina. Ayah dia India tapi both of them masuk islam lepas tu. What a really shock of choices la sebab masuk islam tetiba. William cakap, masa mummy and daddy dia kahwin, dorang memang ada bincang nak masuk agama mana. Disebabkan tak nak biased untuk kedua-dua belah family, dorang tak masuk agama hindu atau agama buddha so, dorang decide untuk masuk  mana-mana agama selain dari dua tu. Disebabkan mummy and daddy dia rasa, agama Islam tu macam cool je, thats why dorang berdua peluk islam. Masa dia dengar cerita tu dari William, memang la dia rahang dia macam nak cecah tanah da masa tu. Serius cerita mummy and daddy William tu luar biasa gila! You guys memang rock la. 
Amazingly awesome right? 



Haikal tolak pintu bilik TV sebelum masuk ke dalam diikuti rapat lepas tu oleh William, Dani dan Adam. Sebelum tu dorang berempat da selamat terjah pantri untuk carik air and segala bagai jajan yang ada kat dalam tu. Memang selamat je rembat memacam benda kat dalam peti ais yang ada kat pantri tu.
Dalam bilik TV tu kosong and takde orang langsung. Mungkin semua da selamat balik ke rumah masing-masing atau pergi berjalan-jalan berjimba dengan rakan taulan yang lain. Haha. Ayat kau tak boleh nak macam 1980 an lagi ke Haikal? Prosa Klasik gila guna ayat rakan taulan. 
Haikal terus duduk kat bean bag yang ada. Dani da selamat conquer kerusi single and amik remote TV cepat. Sebelum tu Dani memang laju je terus hidupkan aircond yang memang sedia ada dalam bilik TV tu. Lepas tu terus mamat tu scroll senarai movie yang ada and husyuk tak pandang orang lain. Adam and William duduk sebelah-sebelah kat sofa tiga kerusi. Makanan yang dorang amik dari pantri, kesemuanya dorang da selamat hampar dekat atas meja kopi yang ada kat situ. 
Haikal perhatikan sekeliling dalam bilik TV tu sambil roommate dia yang tiga orang tu berborak sakan untuk pilih movie apa malam tu. Ni sebenarnya first time dia masuk ke dalam bilik TV and he is really impress actually with the decoration of that bilik TV la. First of all, bilik TV tu sangat-sangat cantik and cool gila babeh. Langsir merah tergantung elok kat cermin tingkap. Aircond dua ketul. Kipas pun tergantung elok. TV Plasma LG yang tergantung elok kat dinding. Dia tak sure berapa inci TV tu. 42 ici? 46? ke 50 inci? Tapi yang sure, memang barabas besar nak mati la. Dia punya stereo pulak memang terbaik dari langit. Kalau layan cerita hantu, mahunya sampai ke blok lain boleh dengar hantu tu mengilai. K, cukup-cukup la tu merepek. Bean bag pulak memang merata kat dalam bilik tu. Bestnyaaa ada banyak bean bag. Boleh tak nak amik satu and letak kat dalam bilik? Kat dinding semua, penuh dengan rak-rak kayu yang penuh dengan DVD yang disusun mengikut tahun. Water cooler pulak tersusun cantik kat penjuru bilik tu. Senang nak cakap, bilik TV tu memang perfect habis. 
This is beyond good. Haikal da menyeringai gembira. 
Dia bergerak ke rak yang penuh dengan DVD tu. Dia memang tak dapat nak menahan diri langsung lepas tengok bilik ni yang cool gila. Dia pergi ke rak 70’s and dia nampak Star Wars, Rocky. What? Wait a sec. Ada soft copy Rocky woi kat sini! Willy Wonka & The Chocolate Factory. Woahh. Yang ni antara movie dia yang asal and yang pertama. American Graffiti, The Godfather and The Godfather part II, Mad Max 1979, A Clockwork Orange, Alien, Apocalypse Now and macam-macam lagi. Dia gerak ke rak 80’s pulak. Woah! Ada The Shining yang creepy tu and then ada Airplane, Caddyshack, Raging Bull, Xanadu, Back to The Future, The Goonies and the rest. 
Jaw dia memang da jatuh cecah lantai da. Like serious shit, dia memang boleh bertapa kat dalam bilik TV ni and watch all these movie non stop. Awww, kan best kalau bilik TV ni hak aku yang punya. Dia gerak ke rak 90’s. Wheep Wheep everybody. Rak ni amazing gila kot and sangat la mengenang memori. Let’s see movie apa ada kat sini, The Shawshank Redemption, Home Alone, Jurassic Park and of course Titanic ; one of the best movie in history in this world, Reservoir Dogs, Fargo, American Pie. Haikal tergelak kecik lepas tu. American Pie pun ada kat sini? 
Dia geleng tak percaya. 
Kat TV da mula dengar intro lagu untuk movie. Haikal terus duduk balik kat bean bag and tumpukan perhatian kat TV lepas tu. Dia capai twisties, bukak and amik jajan dalam tu. Memang la makanan tak sihat langsung untuk dihadam. Tapi apa yang lebih sesuai untuk menggantikan jajan sambil tengok TV atau movie? Takkan nak makan nasik lemak atau Mee Kari pulak kot. 
“Korang pilih cerita apa ni?” tanya Haikal sebelum duduk makin terbenam kat dalam bean bag. Mulut da mengunyah twisties. Dagu turun naik turun naik telan makanan. 
“Perks of Being Wallflower.” Jawab William. 
Haikal da oooo dalam hati. Dia tak kisah movie apa-apa yang dorang pilih asalkan bukan cerita hantu and bukan cerita bunuh-bunuh. Dia memang la tak boleh nak hadam kenapa ada orang boleh tahan hati and heartless gila babeh bila layan movie bunuh-bunuh tu semua. 


Lepas layan Perks of Being Wallflower, dorang berempat layan Saw pulak. Damn guys. Haikal da tak senang duduk lepas Adam kata dia beria-ia nak tengok Saw sebab dia tak pernah tengok langsung movie tu sebelum ni. Haikal da nak tunjuk middle finger kat mamat tu. Lagi tak boleh belah lepas tu, dorang pakat nak tutup lampu kat bilik tv tu. Dia awal-awal da bantah, nak buat apa tutup lampu? Kang tak pasal-pasal, jajan masuk dalam hidung and bukannya masuk ke dalam mulut, tak ke haru je nanti. Adam terus menganjing dia lepas tu, cakap dia takut la apa la. Nate beruk mamat tu. Memang la dia rasa hari pertama dia jumpa mamat tu, mamat Adam tu memang bawak bala kat hidup dia. 
Like serious shit Adam, kau memang roommate keji la. Da kenapa tetiba nak tengok Saw? Da la dia sorang je duduk kat bean bag ni. Dia pandang sekeliling bilik untuk carik bantal kecik which is kalau dia takut, boleh dia tutup mata dengan bantal kecik tu. Memang wasalam tak jumpa langsung bantal kecik kat dalam bilik tv. Saw mula terpasang kat tv and dia cuba kentalkan hati untuk tengok Saw tanpa tutup muka. Kang kantoi la dengan roommate dia yang dia penakut tengok cerita bunuh-bunuh ni.
Permulaan cerita, it’s quite okay lagi. Da masuk middle storyline, dia da mula rasa tense, selang lima minit, setiap kali ada scene potong kaki la apa la, dia mesti da tutup mata awal-awal. Ah lantak roommate dia nak cakap apa. Haha. Like sherious guy,what is wrong with people today yang suka sangat dengan hal bunuh-bunuh segala bagai ni? Tak boleh ke korang layan filem dushy mushy and lovey dovey ataupun superhero like Ultraman ke Power Puff Girls ke. 
Ada orang seret bean bag and join duduk sebelah dia. Dia memang tak tengok pun orang sebelah dia sebab dia terlampau takut sangat nak alih muka dari tangan. Mula-mula lagi William da pandang pelik kat dia sebab dia asyik tutup muka guna tangan je. Ah, lantak la William nak pikir apa pun. Kalau tengok movie kat depan tu pun, dia bukak sikit je celah jari dia tu.
It’s like, okay, maybe korang semua nak cakap aku terlebih penakut ke apa ke, tapi dia memang gila takut sekarang ni. Shiver kot! And goosebump! And yeah yeah yeah, it’s not cerita hantu ke apa ke, tapi dia still takut. Macam mana kalau one day tetiba dia kena culik and lepas tu dia kena seksa macam dalam cerita Saw tu? Tak ke macam horrible gila!
Orang kat bean bag sebelah berdehem and ada cakap something kat dia. Tapi disebabkan scene sekarang kat Saw ialah muka mangsa tu kena bakar, dia memang tak dengar sangat apa orang sebelah tu cakap kat dia. 
Orang sebelah tu pegang lengan dia. “Haikal,hulur air tin A&W tu kat aku.” 
Haikal da terkejut sebab tetiba ada orang pegang lengan dia. Dia pandang orang sebelah dia tu. 
Orang tu berdehem lagi. “Hulurkan aku satu air tin.”
Haikal capai air tin A&W and pass pada Paan kat sebelah dia. 
“Thanks.” Ucap Paan. 
Haikal da freeze. Apesal la pulak makhluk ni ada kat sebelah aku ni? Aku ingat tadi selamat je kitorang berempat tengok movie. Ni yang dia terasa nak balik bilik tetiba. Dia da la bukan die hard fan of Saw and bebila masa je boleh angkat kaki sebab kadar tak suka dia pada movie tu amat la tinggi, and bila Paan seret bean bag and duduk sebelah dia lepas tu, lagi la pemangkin untuk dia balik ke bilik tu lagi tinggi. 
“Kau takut tengok cerita ni ke Haikal?” Bisik Paan. 
Haikal tersentak bila Paan tetiba berbisik pada dia. Bila maksud dia berbisik, Paan memang betul-betul berbisik and rapatkan tubuh badan dorang berdua. Now, dia rasa bulu-bulu roma dia makin menaik. Ni da memang tahap goosebump barabas gila da ni. Dia goosebump bukan sebab tengok mangsa yang kena seksa dengan cemeti kat dalam Saw tapi sebab Paan bisik kat dia, nafas Paan kena kat leher dia, kaki Paan pulak kebetulan bergesel dengan kaki dia yang pakai seluar pendek and cologne Paan yang emm, tak tahu nak describe macam mana, tapi sedap bau dia. It’s so Paan. Memang bau tu macam Paan. 
“Takut ea?” Paan bisik lagi. 
Haikal geleng laju-laju. “Takde la.” 
“Da tu kenapa tutup muka?” Tanya Paan lagi. “Takut la tu.” Teasing. 
“Mana ada. Tak takut la.” Haikal da ketap bibir. Mamat ni da kenapa. Tak habis-habis nak carik masalah dengan aku.
“Kalau tak takut, tak payah tutup muka dengan tangan tu.” Cadang Paan.
Haikal berdehem. “Okay. Tak tutup muka da.” Haikal letak tangan kat peha. Kengkawan dia memang tak perasan langsung yang dia tengah berbisik berborak dengan Paan and dia rasa kengkawan dia memang tak perasan langsung pun senior jahat yang selalu buli dorang masa minggu orientasi tu ada kat dalam bilik TV jugak sekarang ni. 
Haikal cuba alihkan perhatian daripada TV dengan asyik mengunyah jajan je. Paan kadang-kadang kat sebelah dia da bisik benda-benda dahsyat yang ada kat dalam Saw bila mamat tu perasan yang dia tak berapa pandang TV sangat. 
“Pandang TV sekarang.” Arah Paan. 
Haikal geleng perlahan. Dia pandang karpet berbulu je sekarang ni. God damn it Paan! Dia tahu scene apa sekarang kat TV tu. Dia boleh dengar dengan jelas bunyi gerudi berputar, bunyi darah memancut-mancut, bunyi orang meraung-raung, bunyi besi berlaga dengan kerusi tanda orang kena seksa tu tak boleh lepaskan diri sebab dia kena ikat. Lepas tu tambah lagi dengan bunyi menangis minta dilepaskan dan macam-macam lagi la. 
Haikal da mula rasa stress kat dalam bilik TV tu. Belakang badan dia da mula berpeluh. Dia memang tak tengok tapi telinga dia still boleh mendengar and memang la dia da rasa apa je masa tu. Serius tak selesa. =,=’ Kalau setakat mendengar je pun dia da rasa macam-macam, apa la agaknya reaksi dia kalau tengok movie tu depan mata dia sekarang ni. 
“Pandang TV sekarang.” Arah Paan lagi. “Kalau tak, malam ni aku kerjakan kau.” Ugut Paan. 
Haikal pandang Paan. Paan angkat kening mencabar sebelum bibir budak lelaki tu menjuih ke arah TV. Haikal pandang TV and terus dia terpaku tengok apa yang ada depan dia. Muka orang yang kena seksa tu da hancur teruk, it’s like separuh muka dia macam da kena hentak dengan hammer, mata belah kanan da terburai keluar and ada kesan melecur yang teruk. Telinga dia sekarang tengah kena gerudi and lelaki yang gerudi telinga perempuan tu tengah ketawa terbahak-bahak psiko. Perempuan tu tengah meronta-ronta sakit sambil badan , kaki and tangan dia terikat ketat kat kerusi besi. 
Dahi dia da  mula berpeluh. Tapak tangan pulak mula basah. Perempuan tu sekarang tengah menjerit sekuat-kuat hati and nampak macam sakit sangat-sangat sambil merayu mintak dilepaskan. “Please, please, please, leave me alone.”
Dia rasa tangan dia shaking tetiba. Perempuan yang dalam Saw tu sekarang tengah terkulai layu sebelum orang yang seksa dia tu amik skrew driver and mula cucuk-cucuk peha perempuan tu ganas. Badan perempuan tu tersentak-sentak sambil menangis sakit. “NO!!!!”
Haikal genggam bean bag kuat sebab dia pun terasa macam kena seksa jugak. Badan menggigil kuat. Orang yang seksa perempuan dalam Saw tu, amik gergaji and mula potong betis perempuan tu. Darah meleleh-leleh jatuh ke bawah and boleh dengar macam mana gergaji tu berlaga dengan tulang betis perempuan tu. Perempuan tu da meratap, menjerit sekuat-kuat hati. Orang yang seksa tu pulak ketawa terbahak-bahak tanda puas hati sebelum ambil gambar mangsa dia sambil humming kecil. 
Tetiba dia terasa nak muntah. Terus dia berlari keluar dari bilik TV tu and pergi ke tandas terdekat. Masuk tandas , pergi ke singki and terus muntahkan isi perut. Damn it. Fuck! Cerita apa yang Saw ni cua sampaikan? Dia rasa nak demam sekarang ni. Dia rasa nak masuk bilik, tidur and bangun bila matahari da tengak tinggi esok. Dia da tak terasa nak cakap dengan sesiapa sekarang ni. Dia tak nak cakap dengan roommate dia, dia tak nak jumpa Paan, dia malas nak cakap dengan mana-mana manusia. Dia kumur-kumur lepas tu and tengok muka kat cermin. Dia nampak pucat sekarang ni. Ni semua salah Paan. What is wrong with that guy? And aku pun ikut cakap dia da kenapa untuk tengok TV tu? Haikal mengeluh. Dia keluar dari toilet. Dia rasa frustrated sekarang ni. Dia tak tahu apa salah dia kat mamat tu sampai dia kena teruk macam ni. Apa dosa aku kat kau Paan? What is my fault to you?
Paan ada kat luar toilet sambil silang tangan kat dada. Dia tak rasa hari dia akan jadi lebih baik dengan Paan berdiri kat luar toilet tu. 
“Kau okay?” tanya Paan. 
“Tak.” Pendek.
“Kau muntah?”
“Aah.” 
“Kau sakit ke?”
“Tak.” Dia da rasa mual balik. Dimwit.
“Lepas ni masuk bilik terus ke?”
“Aah.” Makin mual. Dia tak patut bercakap langsung tadi. And at the same time , dia boleh rasa Paan da nak naik angin dengan balasan dia yang pendek-pendek tu. 
“Kau kenapa cakap macam ni dengan...”
Haikal angkat tangan suruh Paan berhenti bercakap sebelum dia masuk ke toilet balik and menuju ke singki. Muntah sekali lagi. Air mata da turun jatuh. Oh gosh. I feel sick! Paan masuk toilet and gosok belakang badan dia. 
“Kau makan apa ni sampai muntah-muntah?” Tanya Paan. 
Haikal kumur-kumur lepas tu. Mamat tak guna ni boleh tanya aku lagi soalan bangang-bangang dia tu. Ni semua salah kau sebab aku muntah-muntah macam ni. 
“Saya nak balik bilik.” Haikal keluar dari toilet lepas tu. Dia kesat mata yang berair sikit. Paan ikut dia dari belakang. 
“Masuk bilik aku.” arah Paan. 
Haikal berhenti berjalan. Paan berdiri sebelah dia. 
“Imran takde. Aku bosan. Kau kena teman aku.”
Haikal pandang Paan tak puas hati. “Saya tak nak.” Memang wasalam kalau aku masuk bilik mamat tu malam ni.
“Jangan degil.” Mandatori.
“Saya tak nak.” Haikal ulang cakap. 
“Aku cakap, masuk bilik aku malam ni.” Arah Paan geram. “Kalau tak, kawan-kawan kau tahu yang kau ni macam mana.” 
“No, no, no. Please, please.” Haikal capai lengan Paan. Dia merayu kat Paan. “Okay, okay, saya temankan abang Paan malam ni.” Muka Haikal macam da nak nangis da masa tu. “Jangan bagitahu kawan saya apa-apa.”
Paan sengih gembira lepas tu. “Okay. Masuk bilik aku sekarang jugak.”
Dia tak tahu apa yang bakal jadi dekat dia,tapi dia harap baik-baik je semuanya. Ya Tuhan, selamatkanlah aku!

p/s
apa movie kegemaran korang? btw, Paan ni jahat kan?




10 comments:

  1. ahahhaaa... crite btol la tu kannn???
    tp best gak mcm tu, ade mamat ensem syg2. tp ak rse kalo camtu mmg kne pulau abes la kalo membe2 tau ade abg angkat manja2, asek kne bahan je confem bernanah tlinge hahaha
    *pengakuan seorg abg angkat*
    wahahahaa -sian adik angkat ak, da x terangkat da skrg huhu-

    ReplyDelete
  2. @the legends prince romantik ke? hahahaha.

    ReplyDelete
  3. @blp chester hahaha. ye ke cerita betul? eh? yakin2 je kan. cerita pasal abang angkat ni best jugak.

    ReplyDelete
  4. best kot lyn manja2 mcm nie...teringin pulak...hahaha..nak adek angkt !!!

    ReplyDelete
  5. @lan hahahaha. da jumpa adik angkat ke belum?

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  7. Babi sumpah aku suka sia bila kau re created balik cerita ni. Actually aku dah habis baca semua termasuk magis pon dah. Hahahaha

    ReplyDelete
  8. klau ak jd haikal,memang ak xkan lyan si paan tu.ap yg dia ckap ak xkan balas.ap yg dia tnya ak xkan jawab buat bdo je.buat muke ketat plus sedih je.kihkihkih.dia nk mrh lantakkan dia,

    ReplyDelete

Kalau rasa entry ni best, boleh komen :)