Nuffnang

Thursday 28 April 2016

Captain America : Civil War #196



aku da tengok Captain America ; Civil War. Kalau baru-baru ni aku tengok Batman berlawan dengan Superman (aku rasa Batman is super lame :P) , kali ni, aku tengok pulak macam Captain America yang super macho lawan dengan Iron Man yang emm, egois sedikit. KAH KAH KAH.

So, actually cerita ni pasal apa?

Cerita ni lebih kurang macam Batman VS Superman which is orang awam bengang dengan superhero and mintak keadilan supaya superhero sekalian ini dipertanggungjawabkan and perlu mendapat balasan yang setimpal atas kelakuan serta kemusnahan yang dorang da buat.

Konflik muncul bila Ironman nak tandatangan ala ala deklarasi yang dicadangkan oleh PBB tapi Captain America pulak tak nak tandatangan deklarasi itu. Menjadi konflik buat Avengers bila ada yang setuju dengan Ironman and ada jugak yang setuju dengan Captain America.

Kawan Captain America pulak, si Bucky ; Winter Soldier



dituduh bersalah sebab membunuh Raja Nigeria. Pihak keselamatan dunia or whatever jawatan dorang (aku actually tak tahu apa jawatan dorang) dikehendaki untuk tangkap Bucky tapi Captain America selamatkan Bucky and cakap bahawa Bucky tidak bersalah. Paling tak boleh belah lepas tu, anak Raja Nigeria pun cuba untuk tangkap Bucky dengan memakai sutnya sendiri iaitu .... emm, aku tak tahu nama dia apa. Catman? Claw man? Black Panther? I dont know.

So, its quite legit la bila scene Black Panther - Captain America - Bucky berlari sana sini , kejar kejar macam apa je. kau nak tahu lebih lanjut, kau kena la tengok sendiri. KAH KAH KAH. Tapi ia quite good scene. So macam berbaloi je nak tengok. Antara part yang aku suka tengok jugak ialah bila Team Ironman lawan dengan Team Captain America.

Ada spiderman which is mamat ni banyak gila cakap and quite young. masa ni spiderman muda lagi.

And then ada ant man. Scene paling tak boleh belah bila Ant Man jadi besar gila babi . BWAHAHAHAHHAHAH. and sut dia sumpah macam Kamen Rider.

Aku suka Natasha Romanoff sebab dia lawan cool gila. antara banyak-banyak avengers , dia la antara manusia biasa yang takde super power apa apa unless dia pandai berlawan gila babi, buat flip sana sini and pandai menembak. However, yang paling tak boleh belah dalam movie ni, Romanoff team dengan Ironman which is kinda loser la sebab for me, Captain America is in a good track with Bucky , and Romanoff berlawan dengan Hawk Eye.

Movie dia memang lama gila babi. And wayang tadi pun full barabas. Tapi aku sakit kepala tengok wayang ni sebab orang sebelah aku ni asyik bergoyang kaki je sepanjang 2 jam 40 minit kitorang tengok wayang tu. Like sheriously, kaki kau ada parkinson ke apa? And lepas tu, orang belakang aku asyik selang 20 minit akan cakap babi sebab terlampau teruja. >.<'  I was like, ya ya ya, we all know kau peminat besar cerita superhero tapi tak payah nak buat wayang tu macam kau yang punya. Tapi nama pun cinema kan, berjumpa dengan pelbagai ragam dan sikap ialah perkara yang norma dan yeah, hahahahahha, terpaksa je la hadap.

Apa-apa pun, its kinda good movie. scene lawan-lawan pun menarik, tak la nampak macam palsu sangat cuma, jalan cerita dia agak lame and boleh dipersoalkan.

aku suka sikap setia kawan Captain America. Ironman need to lower his ego as usual :P. Spiderman is super bebel which is amazing sebenarnya. Ant Man, you are awesome! Romanoff, I love you so much! Wakakakakka, amazing woman dan lain lain aku da malas nak mention sebab aku tak nak korang boring baca panjang-panjang lagi.

:P

tadi aku tengok dekat IOI City Mall putrajaya sebenarnya. Dengan menggunakan kad matrik , aku dapat harga serendah RM9.00 sahaja. Bagus kan? Jimat duit aku. HAHAHHAHAHAHAHHAHAHAHAHA. selamat menonton dan selamat enjoy your movie. :)

Till we meet again. Assalamualaikum.

p/s
FYP aku alhamdulillah da almost 80 percent siap. Thanks to kekasih sebab banyak tolong aku. Hiks.


2 comments:

  1. Amir pun tgk Captain America Civil War semlm (28.4.16) kat IOI City Mall...first time tgk 3D-DBOX-ATMOS...mak aih harga tiket nyer...hurmm...nasib baik lah org belanja...kalo tgk sendiri...conform lah brli tiket biaser jerk....huhuhu...

    ReplyDelete
  2. Dahlah aq ni peminat pairing stony. Heartbreak gila tgk scene dua orang ni. Siap nangis lagi tepi abang aq.Tapi kadang2 aq terfikir jugak kalau Accords tu bertujuan utk melindungi civillians, so saper plak yg akan lindungi superhero? Macam Sam ngan yg lain kena meringkuk kat Raft, tanpa warrant. Saper yg akan tolong diorang plak? Accords cam berat sebelah tapi civik wars never about Superhero. Its always about Bucky. Huhuhuhu! Kenapa?! Part "So was I" pastu hila CA slams dia punya shield,Tony macam pasrah jer. Macam expect CA akan bunuh dia. Hahahaha! Hati aq hancur berkecai bila Tony kata "Did u know?!" dan surat steve kata Avengers always be your family more than me. Puihhh! Dah tu?! Hampir separuh avengers dia bwak pergi wakanda kot! Avengers apanyer lagi?!

    ReplyDelete

Kalau rasa entry ni best, boleh komen :)