Nuffnang

Friday 23 September 2016

Cover buku #215



Cover buku untuk Oyakawa :3

Watak utama :-

Harris Oyakawa

Sinopsis :-

Kisah seorang Harris Oyakawa mencari cinta hati. Kisah seorang budak lelaki 21 tahun cuba mengenal erti , apa itu menjadi remaja yang sopan dan remaja yang bertatasusila.
  
Ini kisah seorang Harris Oyakawa menjadi romeo kelas pertama untuk mendapatkan cinta hati dia semula. 
  
:P



Cover buku untuk Remaja :P

Watak utama :-

Haikal Luthfy

Sinopsis :-

Semua orang ada jerangkung dalam almari masing-masing. Termasuk la seorang budak lelaki bernama Haikal. Nama penuh ialah Haikal Luthfy. Perangai macam budak lelaki lain Cuma dia ada rahsia kecil yang dia tak nak kongsi dengan siapa-siapa. Sebab kalau dia kongsi rahsia kecil dia tu, dia mungkin akan dipinggirkan. Ye la. Manusia ni memang perangai macam entah apa-apa. Lagi-lagu manusia yang tinggal dekat Malaysia. Judgemental gila.  *rolling eyes*

Haikal baling bantal dekat Zahid. "bangang la sepupu aku ni. mulut dia." Haikal rolling eyes. "i just.." Haikal angkat bahu. "is it normal kalau aku suka dekat lelaki?"

Well, ni kisah kehidupan seorang remaja bernama Haikal. Perjalanan mencari kehidupan. Perjalanan menjadi remaja yang lebih baik. KAH KAH KAH. Siapa yang tak nak berubah menjadi baik kan? 

"ala, chill je la Haikal. Kita dilahirkan putih, normal la kalau kotor tetiba. and end up, tak semestinya kau mati dalam keadaan kotor. boleh je kau nak mati dalam keadaan putih semula."

Nama dia Haikal Luthfy. Dia seorang budak lelaki. Tapi dia suka kepada budak lelaki jugak dan bukan kepada budak perempuan. Bukan dia tak teringin nak jadi straight macam orang lain tapi entah la. Dia tak tahu macam mana. Err, he just don't know how.



Cover buku untuk Magis >.<

Watak utama :-

Lilo Nezmi

Sinopsis :-

Hai. Nama saya Lilo. Lilo Nezmi. Dunia ni pelikkan? banyak tipu muslihat. banyak tipu daya. banyak pembunuhan. banyak ahli politik yang korup. urghh. dunia ni memang pelik. dan aneh. dan dunia ni jugak bukan sahaja didiami oleh manusia, haiwan, tumbuhan, setan, jin, bunian, alien..... emm, errr, alien tu saya tak pasti la pulak wujud atau tak kat dunia ni. tapi yeah, dunia ni bukan je didiami oleh golongan-golongan yang saya nyatakan tadi.

Dunia ni jugak didiami oleh satu golongan lain iaitu Ahli Sihir. pernah dengar nama Merlin? pernah dengar nama Harry Potter? pernah dengar kisah Sabrina and The Witch? pernah dengar kisah Ahli Sihir Salem? ye. mereka semua wujud. kami semua wujud. cuma awak dan awak dan awak dan awak dan awak yang di sana, di sini, di situ dan di mana mana je yang tak tahu kami si Ahli Sihir ni wujud dan masih wujud. Kami wujud. dan kami hidup macam awak semua.

This is our story. err, I mean, this is Lilo Nezmi's story. Ini cerita tentang seorang manusia tidak normal bernama Lilo Nezmi yang tinggal di sebuah planet bernama Bumi.

p/s
gua main buat je cover tu. KAH KAH KAH. Gua mana pandai guna adobe segala bagai je. Jadi gua buat cover tu guna m.word je. :P lantak pi mati. MUAHAHAHAHHAHAHA. asalkan gua puas hati.

Friday 16 September 2016

OYAKAWA / Chapter 1 #214



Chapter 1

Harris masuk ke dalam bilik dia dekat Kolej 12 yang ada dekat uni dia tu. Hari ni hari start daftar untuk semester baru untuk bulan September. Semester ni dia masuk belajar untuk sem ke 3. Sem lepas da selamat dia tempuh dengan jayanya walaupun pointer dia entah pape entah. Haha. Pointer tinggi ke rendah ke, at the end, still dia kena kerja dengan ayah dia walaupun apa yang dia belajar sekararng memang lain benar dengan usaha syarikat yang ayah dia bina. Ayah dia bukak bisnes Architecture tapi dia pulak belajar dekat Fakulti Perhutanan which is amik Recreation. Entah kenapa entah dia amik recreation ni pun dia tak tahu. Just sebab dia minat bersukan kot and dia tak berapa nak minat pemebelajaran dalam kelas.
Roommate baru dia untuk semester baru ni tak masuk ke dalam bilik ni lagi. Dia kemas-kemas barang dia, masuk ke dalam almari and mana barang-barang dia yang besar, dia tendang ke bawah katil je. Tak pun susun campak atas almari baju sebelah katil dia. Laptop dia keluarkan dari dalam beg, pasang plag pada suis and pasang winamp. All I Ever Wanted / Kelly Clarkson da berdentum dalam bilik. Dia terus tanggal baju lepas tu terjun atas katil. Capai fon sebelah bantal sebelum skrol gambar yang ada dekat gallery fon. Dia carik satu folder yang memang dia tatap tiap-tiap hari tanpa gagal. Nama folder kat gallery tu, dia tulis siap-siap dengan nama Noah. Dia usha gambar dalam folder Noah tu and tatap tak puas. Gambar pertama yang dia tengok ialah gambar yang dia pernah amik-amik curi masa Noah mula mendaftar masuk dekat sekolah dorang. Masa tu dia form 5 and budak lelaki tu, form 4.
Dia menghela nafas berat.
Mana nak carik Noah ni? Sejak dia habis sekolah, lepas tu dia datang sekolah balik, Noah da tak sekolah dekat Kolej Tengku Esfahan lagi. Dia semak data dekat pejabat sekolah, Noah bukan berhenti kerana budak lelaki tu nak berhenti, tapi berhenti belajar sebab kena buang dari Kolej Tengku Esfahan.
Dia carik balik Noah tu sebab nak mintak maaf. Mintak maaf banyak benda. Mintak maaf atas segala-galanya. Banyak benda yang dia buat dekat budak lelaki tu walaupun budak lelaki tu sebenarnya baik gila nak mati. He takes for granted atas kebaikan Noah. Macam mana dia kenal Noah? Dia kenal Noah bila budak lelaki tu masuk ke tingkatan 4 dekat Kolej Tengku Esfahan. Mostly yang masuk ke KTE ialah anak-anak Lord, anak-anak menteri and anak-anak orang kaya. Which is salah seorang daripadanya ialah dia sendiri. Disebabkan dia feeling macam anak orang kaya la , perasaan megah dia tu memang tak beragak. Noah pulak masuk ke KTE bukan sebab dia anak orang atau anak bisnes yang buat bisnes berpuluh juta atau anak lord atau anak menteri. Budak lelaki tu masuk ke KTE sebab dia dapat biasiswa sukan dari KBS.
First time dia usha Noah, dia da tahu da nak buat apa dekat budak tu. Ragging! Dia memang nakal nauzubillah min zalik. Even masa dia kapel dengan Noah pun, dia buat boo tak layan je dengan budak lelaki tu. Yap. Dia pernah kapel dengan Noah walaupun dorang berdua ialah lelaki. Tak payah nak terkejut sangat la setan.  Which is bagi Noah, masa dorang berdua kapel, itu la moment terbaik dalam hidup dia. Bagi dia pulak, dia tak feeling apa sangat pun. Dia just rasa Noah ni macam tempat untuk dia luahkan nafsu dia je. Masa tu je la dia rasa Noah sebagai tempat dia untuk gantikan awek dia kalau dia sangap. Tapi sekarang dia rasa menyesal la pulak. Masa tu dia selalu buat seks dengan Noah pun sebab dia sangap tak jumpa awek dia.
Noah pulak baik semedang je and anggap dia sebagai pakwe yang berkualiti. Pfft, berkualiti la sangat padahal dia selalu buli and buat dek boo tak layan je perasaan budak lelaki tu. Tapi still Noah ni tetap layan dia baik macam orang paling istimewa dalam hidup dia.
Harris skrol lagi gambar dalam fon dia and dia tengok gambar Noah tengah gelak makan aiskrim and dia pulak tengah buat muka masam sebab kena paksa amik gambar dengan Noah. Harris senyum sedih tengok gambar ni. Dia ingat lagi yang gambar ni diambil dekat area Bukit Bintang sana masa Noah ajak dia keluar bersama. Noah cakap,
“Jom la kita pergi date.”
Dia pulak balas. 
“Malas. Nak tidur la Noah. Aku penat ni. Malam tadi tidur lambat siapkan kerja sekolah.”
Padahal malam tadi dia keluar dari Kolej and curi-curi jumpa awek dia. 
“Jom la abang.” Ajak Noah. “Kita tak pernah date.”
“Fine, fine, fine. Sekali ni je. Lain kali aku malas.”
Noah da nak bersorak gembira tunjuk muka happy lepas tu.
“Da jangan nak memekak.”
Noah tetap sengih lepas tu.
Harris skrol gambar lain dekat fon dia tu which is dia tahu, itu last gambar yang dia ada dalam galeri bertulis Noah tu. Ada 3 gambar je dalam galeri tu, Gambar yang terakhir tu ialah gambar dia dengan Noah tengah makan kek  coklat kecik untuk sambut birthday dia.
Noah kata nak suprisekan dia. So dia follow je la Noah ke bilik TV even da pukul 1 pagi. Memula dia kata, dia nak tidur sebab esok ada training eventhough hari sabtu . Dalam hati da mendongkol bengang sebab dia baru nak call awek dia. Tapi dia ikut je la kata Noah and kalau dia rasa bosan, dia belah angkat kaki je la dari situ. 
Dia masuk bilik TV je, Noah cakap surprise kuat-kuat sambil hulur kek cokelat kecik ada satu lilin kat atas tu. 
“Happy birthday abang! I love you so much!”
Dia menjulingkan mata ke atas and tak buat muka pedulik pada Noah yang kerut dahi tengok kelakuan dia. 
“Cepat tiup  and make a wish!” Noah da sengih-sengih lebar and sampai bijik mata pun tak nampak. Noah ni matanya sepet and kalau senyum memang tak nampak mata terus. 
Dia tiup cepat kek tu sebelum tarik tangan Noah keluar dari bilik TV.
“Kita nak pergi mana ni abang?” 
“Kalau makan kat bilik TV orang nampak nanti. Nak mati? Kau nak kena belasah macam selalu?”
End up dorang makan dekat belakang bangunan mana entah sambil Noah borak itu ini. Noah keluarkan fon dia lepas tu and ajak dia selfie amik gambar berdua. Dia buat muka senyum terpaksa sebelum sambung makan kek cepat-cepat. Nak mati kalau orang nampak makan kek berdua je? Noah ni da la selalu kena belasah sebab orang cakap dia gay. Tapi Noah ni kena belasah selalunya sebab budak lelaki tu bukan anak orang kaya.Tak sama taraf macam dorang semua. Memang tak la dia nak lepak berdua je dengan mamat tu kan? Sebelum ni dia tukang belasah Noah sekali dengan kengkawan dia. Kang tak pasal-pasal, dia yang kena belasah sekali dengan kawan-kawan dia. Terus lepas tu dia belah, tak cakap thanks and tinggalkan Noah kemas bekas-bekas makanan tu kat situ. 
Dia terus masuk bilik and call awek dia sepanjang malam. Ye la. Sebab dapat free call bagai kan and awek dia kata, dia nak kasi surprise baik punya and da beli lingerie pink baru and dia memang la totally tak sabar nak tolak awek dia atas katil esok. 
Latihan sukan la sangat
Padahal latihan sukan atas katil bersama awek terchenta.
Kononnya.
Lepas habis call, ada gambar dari whatsapp masuk. Noah kasi gambar dorang makan tadi sambil ucap selamat malam. Dia kasi bluetick sebelum tidur.
Harris mengeluh. For fuck sake! 3 gambar ni je yang dia ada! Dulu beria-ia jugak Noah nak amik gambar dengan dia tapi dia memang tak nak bergambar langsung dengan budak lelaki tu.  Sekarang baru nak menyesal sebab takde gambar Noah yang lain. Dia cuba carik budak lelaki tu, tapi tak jumpa. Dia even pergi ke alamat yang Noah tulis kat borang sekolah dia, tapi bila dia pergi ke rumah budak lelaki tu, mesti takde orang sambut salam dia. Aku nampak macam penjual yang datang dari rumah ke rumah ke? Apa? Aku nampak macam bangla ke? Muka aku handsome kot! KAH KAH KAH. Babi tak beragak puji diri sendiri. Haha. Betul la. Dulu Noah selalu puji dia tau.
“Abang ni handsome la.” Lepas tu, budak lelaki tu senyum-senyum je.
Harris tersengih-sengih bila teringat reaksi muka Noah puji dia. Rasa macam nak cubit je pipi budak lelaki tu bila ingat balik. Mata budak lelaki tu akan jadi sepet sebab terlampau happy. Lepas tu mata budak tu yang bersinar worship dia kalau nampak dia kat mana-mana. Tapi sekarang.... Mana nak carik Noah ni? Harris muram balik.  Mana nak carik budak lelaki tu? Dulu masa ada depan mata selalu sia-siakan. Ini da takde, dia da habis sekolah, tetiba rasa macam hilang something, baru sibuk balik nak carik budak lelaki tu.
Even masa zaman dia kapel dengan Noah pun, he knows nothing about budak lelaki tu! Noah je banyak tanya dekat dia, duduk mana? Ada berapa adik beradik. Ayah kerja apa? Ayah sihat ke tak? Mak macam mana? Nanti nak kerja apa? Apa makanan favourite? Apa minuman kegemaran? Bla bla bla. Rasanya setiap perkara pasal dia, Noah boleh hafal luar dalam. And setiap kali Noah tanya apa-apa soalan dekat dia, dia tak terasa nak tanya balik pasal budak lelaki tu
Ye la, masa tu dia kenal Noah sebab nak seks je. Nak puaskan nafsu and bukannya nak kenal betul-betul pun. Tapi bila dia da tak jumpa Noah, bila dia nak carik Noah balik, baru dia rasa menyesal sebab tak amik chance nak kenal budak lelaki tu betul-betul. Budak tu duduk mana? Ada berapa adik beradik? Ada kampung ke tak? Kalau ada kampung, kampung kat mana? Apa makanan kegemaran?  Suka buat apa? He knows nothing! You are sure a stupid boyfriend! Satu-satunya dia tahu pasal Noah ialah budak lelaki tu pandai bersukan. Ye la, masuk KTE pun through biasiswa sukan and budak lelaki tu ialah sprinter remaja kebangsaan. Noah selalu ajak dia untuk tengok dia lari bila dia ada tournament. Tapi dia memang buat boo tak layan and tak pergi pun tengok mamat tu lari.
Sekarang dia da usia 21 tahun which is da almost empat tahun dia carik Noah tapi still tak jumpa budak lelaki tu. Dia carik kat facebook, kat twitter, IG and macam-macam lagi la. Tapi still clueless and tak tahu budak tu ada kat mana.
Harris mengeluh lagi sebelum letak fon kat tepi and letak satu lengan atas mata dia. Kepala dia ligat berpusing and carik cara macam mana nak carik and jumpa budak lelaki tu balik.
Hati dia terasa pedih.
Hati dia terasa mencucuk.
Hati dia terasa macam nak menangis.
Ada satu ketika, dia selalu berharap yang dia akan jumpa Noah semula, cakap betapa sayangnya dia pada budak lelaki tu, betapa dia rindu pada budak lelaki tu, betapa dia nak cium budak lelaki tu puas-puas. And also dia nak ajak amik gambar banyak-banyak dengan budak lelaki tu.
Noah.
Harris sebut nama tu perlahan-lahan dalam hati.
I miss you.
Im terrriby miss you.
Serious, I want you.
I love you, sayang.
Abang mintak maaf.


p/s
Kalau suka boleh komen, kalau tak suka pun boleh komen jugak. MUAHAHAHHAHAHAHAH. Actually, cerita Oyakawa ni aku da post dekat wattpad, tapi aku tetap rasa nak post dekat blog jugak. Happy reading! Selamat membaca!


Tuesday 13 September 2016

Ultraman is Back! Revenge of Baltan #213


Dulu, once upon a time, eceh wah, haha, aku dengan sepupu sepapat aku akan terkedip-kedip depan TV3 , setiap hari Ahad untuk tengok Ultraman. Pernah sekali tu, aku dengan sepupu sepapat bergaduh just because kitorang nak tegakkan, Ultraman mana yang paling power sekali. Sure, ianya sangat la mengenang memori kalau nak diingat semula. For sure, Ultraman ialah salah satu rancangan yang kitorang semua sangat minat and sukar nak lupakan. 

What? Tipu la kalau kau tak pernah acah-acah berlakon jadi Ultraman setiap petang masa kau main dengan kengkawan kau. :P Hehe. Mengenang memori kan? Haih, rindu zaman kekanak. 

Tapi kan, bila da membesar, I thought I will not seeing Ultraman again yet, last Friday, I met them at Pavilion, Kuala Lumpur. ;O Oh my gosh, apakah? apakah? apakah? *giggles* Apa yang Ultraman sekalian buat dekat Malaysia? lagi-lagi dekat area Bukit Bintang sana? Adakah invasion telah berlaku di Kuala Lumpur tersayang? 

OH TIDAKKKKK!!!!!

For those atau kepada mereka yang merupakan peminat Ultraman, you guys should check this out! Ultraman will come back to Resorts World Genting dan akan menentang segala bagai resaksa yang serang Malaysia tak lama lagi!!! Yeayyy!! Our hero is back.

YEAHHHH!!!!

1) Serius la akan ada Ultraman nanti dekat Resorts World Genting?

Yap, yap, yap! *Excited* Ultraman akan datang ke Malaysia and secara spesifiknya, mereka akan berada di Resorts World Genting bermula dari 5 November 2016 sehinggalah 2 Januari 2017. Kalau anda di sana dan anda di sini dan anda di situ ialah peminat tegar Ultraman, you guys should heading to Resorts World Genting pada waktu-waktu tersebut. Please mark your calendar guys!

2) Revenge of Baltan tu apa?

Pada episod lepas which is hip hip, Ultraman pernah appear before this dekat Resorts World Genting , they kick monster ass really hard. So pada kali ini, those Baltan atau raksasa will come back and seek for revenge. But don't worry guys! we have Ultraman so jangan nangis-nangis okay. Depa akan lindungi kita. Hiks. 

3) Let's say saya berminat untuk tengok those Ultraman show, berapakah harga yang dikenakan?

Berikut ialah senarai harga yang dikenakan oleh Resorts World Genting untuk anda semua hadap sampai puas tengok Ultraman

VIP - RM108
PS1 - RM88
PS2 - RM68

4) Eh sekejap, waktu tu cuti sekolah kan? Resorts World Genting akan buat promosi Ultraman tak campur dengan accomodation sekali?

yes!!! Luckily, this time Resorts World Genting akan membuat promotion harga dari segi accomodation dan juga harga tiket show. Harga tersebut ialah sekitar RM169 dan anda akan tinggal di First World Hotel (XYZ Deluxe Room) + 2 show tickets. Kalau anda datang seramai 4 orang, anda boleh berkongsi duit secara berjemaah and dapattkan bilik yang lebih luas iaitu XYZ Triple Room plus 4 show tickets with the price of ranging from RM278 nett

Murah kan? >.<'

Jom la bercuti beramai-ramai! Mesti best! 

5) Alaaaaa, takkan Ultraman ada dekat Resorts World Genting je?

Eh? Eh? Hehe, actually start dari 9 September 2016 hingga 18 September 2016, tiga Ultraman yang super hot which is Ultraman Zero, X dan juga Leo akan berada di Tokyo Street, Tingkat 6, Pavilion, Kuala Lumpur. So, siapa yang peminat gila fanatik dekat segala bagai Ultraman tu and nak amik gambar secara dekat dengan Ultraman kesayangan , you guys haruslah bertindak segara meluru ke sana!

6) Ada diskaun tak ?

Yes it is! Kalau anda ke Tokyo Street, Pavilion, di situ terdapat booth merchandise Ultraman dan pihak Resorts World Genting juga ada menjual tiket show dengan harga yang lebih murah iaiu 15% less / discount! Ianya sangat bagus kan? So kalau anda-anda sekalian nak bawak sepupu sepapat, family handai segala bagai semua, this is really great opportunity for you guys! Pergi la anda berbondong-bondong dan beramai-ramai ke Tokyo Street, Pavilion now. Heh. Ianya peluang yang tidak patut dilepaskan kay! Cepat! Cepat sebelum tamat tempoh dan tarikh!

7) Kalau kami nak bertanya pada pihak Resorts World Genting, what is the easy way to contact them?

Oh ya lupa pula! For more information, you guys an call this number

03 - 2718 1118

ataupun log on to

www.rwgenting.com


Again, kalau anda semua peminat Ultraman atau maybe, anda semua peminat raksasa jahat, you guys can go to Resorts World Genting to explore the scene itself. I bet it would be really great!! For parents, November sehingga Januari ialah waktu cuti sekolah panjang di Malaysia. Dengan membawa anak-anak anda ke Genting nun puncak sana bersama family tersayang, ianya merupakan percutian terbaik bukan sahaja untuk anak-anak anda but also for your family!

I already grab two VIP passes! How about you guys? See you guys there at Resorts World Genting! Serius tak sabar gila nak jumpa Ultraman semua and berjuang bersama dorang untuk selamatkan bumi dari segala raksasa yang jahat itu!

Let's fight together! Piu piu piu *bunyi pistol* Jom lawan resaksa! Keh keh keh


p/s
Kalau cakap pasal superhero, gua memang excited sikit. :P Koh koh koh. By the way, thanks to RWGenting for inviting me to the Press Conference. It is truly delightful for me. Lots of love. Babai guys! Jumpa bebila nanti! Oh, terlupa nak cakap, buat sesiapa nak beli Volume I Remaja, you guys still can contact me

017 6326242

and for those yang tengah mencarik cikgu tuisyen , also can contact me :)) Gua sekarang hendak menambah duit poket. Hee. Sesungguhnya, mereka yang menolong saya, anda memang la antara manusia terbaik. Hehe.


Friday 9 September 2016

Karangan Autobiografi : Aku sepasang stoking. #212


-AUTOBIOGRAFI-

Aku sepasang stoking

Aku ialah stoking. Haha. Noob gila gaya perkenalan aku pada semua orang. Aku ada kembar. Well, aku stoking belah kanan and kembar aku stoking belah kiri and both of us ialah lelaki. Actually, most of pasangan stoking mempunyai jantina yang sama which is lelaki – lelaki ataupun perempuan – perempuan. Tapi ada jugak certain atau beberapa kes terpencil yang pasangan stoking itu tidak mempunyai jantina yang sama. Satu pasang ialah lelaki and pasangan yang lagi satu ialah perempuan.
Kalau dalam dunia aku, which is dunia stoking yang penuh dengan bulu-bulu dan fluffy ini, kami panggil mereka weirdo. Eh tak. Dorang je panggil pasangan tu weirdo tapi aku anggap dorang unik. Kenapa aku cakap unik? Urghh, sebab they are different from all of us. Look, aku lelaki and kembar aku ialah lelaki. Sangat tak berkembang kan? *rolling eyes*
And more happening, kembar aku ialah seorang yang annoying.
Oh lupa perkenalkan, adalah sangat tidak sopan aku da berborak dengan korang tapi tidak memperkenalkan diri aku pada anda semua. Ehem, guna gaya skema la pulak kau ni. Nama aku Blue, dilahirkan disebuah kilang, emm apa entah nama tempat tu, tapi yang aku tahu, aku dilahirkan di area Kuala Lumpur, fuhh, budak bandar bhai aku ni and lepas aku dengan kembar aku dilahirkan, we got transfer to one of the biggest shopping mall in Malaysia, Midvalley Megamall. Yup, that is our home. I mean, rumah yang aku kongsi dengan bebarang lain yang wujud kat muka bumi ni la contohnya baju, seluar, periuk, mangkuk, sudu, garfu, kasut, patung and whatsoever yang lain.
Heh, bila aku fikir, aku rupanya berkongsi rumah dengan ramai warga-warga yang lain. It’s disgusting bila aku terpaksa berkongsi rumah dengan dorang semua. But, whatever, layan kembar aku pun da cukup seksa, apatah lagi nak hadap yang lain.
“Dude, Blue, kau fikir apa?”
Here we go, *rolling eyes* kembar tersayang bernama Red. Kenapa Red? Aku pun tak tahu. Apa yang aku tahu, dia ni annoying namampus. Tapi aku tak boleh nak doakan dia cepat mampus sebab nanti aku pun akan mampus sama. Pelikkan dunia stoking ni? Kau tak dibenarkan hidup sendirian sebab yeahh..... kau duduk bersendirian dalam dunia stoking, kau akan dianggap mati? Atau whatever, malas aku nak terangkan law yang ada dalam dunia aku ni. Why so complicated?
Cuba tengok manusia! Dorang boleh je hidup sesorang. Kan? Hidup seorang nampak macam mudah and more happy compare berpasangan. Once aku nampak ada couple masuk kedai ni and bergaduh sakan just sebab perempuan tu nak beli seluar ketat and pakwe kepada perempuan tu tak kasi.
“I nak beli jugak.” Cebik perempuan tu.
“I tak kasi. Seksi.” Marah lelaki tu. “Why not I belikan you jubah?”
“Jubah? You ingat I nak pergi terawih ke apa?”
Human. Always argue.
“Aku fikir, apesal kau boleh jadi kembar aku.” Jawab Blue nak tak nak je.
Red gelak besar. “Kau agak-agak bila kita boleh naik pangkat ya agaknya?
Naik pangkat. Term itu digunakan apabila kau dibeli oleh seorang manusia tak kira la lelaki ke perempuan ke apa ke. Once kau dibeli oleh manusia tersebut, kau diiktiraf sebagai naik pangkat. Tapi kan, aku selalu terfikir, kenapa naik pangkat? Kenapa bukan word, pergi ke alam baru ke atau menjelajah ke rumah baru ke apa ke. Naik pangkat? That’s sound not really convincing and aku ingat naik pangkat ialah bila kau dapat gaji lebih serta kau mempunyai lebih kuasa dan boleh mengarahkan orang bawah kau buat kerja lebih manakala kau goyang kaki.
Ini apa yang aku nampak dekat kedai yang aku duduk ni. The assistant manager adalah seorang perengus. Aku dengan Red da duduk dekat dalam kedai ni almost a year. Dari aku dikeluarkan dari kotak which is masa tu assitant manager tu still a new kiddo dalam kedai ni and menjadi macai kedai yang selalu kena buli, dia la yang gantung aku dengan Red dekat dalam kedai ni, sampai la budak tu jadi assistant manager yang perengus. Once naik pangkat, budak tu poyo nak mati. Da tak mahu da nak sentuh-sentuh aku dengan Red dekat bahagian display. Babi betui budak tu. Tahu la da nak dekat setahun kitorang ni tak naik pangkat lagi, tapi tak payah la nak poyo sangat!
Aku harap kau kena langgar dengan motor budak! Muahahahah.
Blue dan hiperbola berpisah tiada.
“I don’t know. We are kind loser right?” Kata Blue muram. “Jiran and kengkawan kita semuanya da naik pangkat and we still stuck at the same shop.” Blue tengok kiri dan kanan.
“Hey, hey.” Red masih dengan perangai ceria dia tu. “At least kita berubah tempat.” Red sengih-sengih. “Last month, kita berada dekat seberang sana which is penghujung kedai and this month kita duduk dekat bahagian depan kedai which is also have better view. Yeah, aku boleh cuci mata lebih banyak kot dekat sini.” Red sengih-sengih tengok Blue. “Look, ada amoi cantik bhai! Wuu, so sexy. Aku boleh nampak betis dia yang cantik dan mulus itu.”
Nescaya kalau aku ada jari, aku da lama tunjuk double middle finger dekat kembar tak berguna aku ni.
“Stupid.” Gumam Blue perlahan.
Dan lepas tu Red menyanyi sama dengan lagu yang keluar dekat speaker kedai iaitu What the Hell / Avril Lavigne.
Tak lama lepas tu ada budak perempuan masuk ke kedai tu and datang ke arah aku and Red.
“Check us out bebeh!” Kata Red semangat. Aku da nak tergelak tengok Red yang semangat gila. Kitorang memang la kembar tapi perangai kitorang memang la berbeza gila. Red seorang yang ceria dan periang dan banyak cakap manakala aku pula seorang yang agak emm pendiam and banyak la jugak bercakap, cuma aku suka bercakap sesorang je. Haha. Sedih jugak hidup aku ni. Red seorang yang lebih berekspresif manakala aku lebih banyak cover. Not like kitorang boleh buat banyak benda berparti liar sana sini pun. KAH KAH KAH.
Budak perempuan yang datang ke arah aku dan Red tu amik kitorang lalu belek banyak kali depan belakang.
Red da bersorak gembira. “I feel tingle. Aww, aww, geli la. Budak perempuan ni belek aku lama sangat. Hey! Jangan la raba kitorang lama sangat!”
Kalau aku ni macam manusia yang boleh makan nasi and waktu tu aku tengah makan nasi, sah nasi aku tersembur keluar. Red ni memang la suka buat aku tergelak. Tapi still aku tak boleh deny yang mamat tu buat aku rasa annoying 24/7. Nak atau tak nak, aku still kena terima Red sebagai the only family that I have in this lonely world. We don’t know who is our parents. Kitorang tak tahu siapa sepupu sepapat kitorang. Kengkawan yang datang dengan kitorang dekat kedai ni pun mostly da naik angkat and tinggal aku dengan Red je yang masih menetap dekat kedai ni. Sedih kan? How I wish aku ada mak bapak and boleh berambus cepat dari kedai ni.
Haha. Bukan la kedai ni tak best ke apa ke. Just, kalau kau setahun duduk tempat yang sama, it’s kinda boring jugak. Aku nak jugak jejalan pi tempat lain.
Tak lama lepas tu assistant manager yang perengus tu datang. “Kitorang ada sale ni sis. Stoking ni kitorang bagi diskaun sekarang ni.” Lepas tu aku nampak assistant manager tu senyum palsu. Babi je budak ni. Kalau takde customer, mula la nak mengherdik sana sini macam baru kehilangan anjing peliharaan.
“Oh, cantik jugak kan? Okay la. Saya beli yang ni.” Lepas tu customer yang nama dia ‘sis’ ni bawak aku dengan Red ke kaunter bayaran. Aku tengok Red, Red tengok aku.
Red tetiba menjerit happy! Aku nganga mulut tengok Red dengan sis yang beli kitorang silih berganti.
“What the fuck Red!” Blue da nak bersorak gembira macam Red jugak. “Kita naik pangkat. Kita naik pangkat!” Lepas tu aku dengan Red bersorak sakan da tak ingat dunia. But of course the assistant manager and sis itu tak dengar kitorang bersorak. Aku pun tak faham kenapa dorang tak pernah dengar apa yang aku dengan Red cakap atau sorakkan tapi Red pernah cakap sebelum ni pasal desibel tak sama level la wavelength tak sama la whatever.
Walaupun Red tu seorang yang ceria and macam seorang yang suka berparti tapi budak tu memang agak dork sikit and banyak tahu pasal sains dari aku. Aku, in the other hand lebih kepada suka memerhati and berimaginasi. Haha. Aku sendiri tak tahu itu perkara yang baik pada aku ataupun tidak.
Apa-apa pun, aku dengan Red berasa happy sebab kitorang akan naik pangkat! Atau dalam bahasa aku, berpindah ke tempat lain. Yeay! Imma happy kid.
“Blue! Aku tak sangka kita dapat naik pangkat!” Kata Red ceria pada Blue. Masa ni dorang berdua da selamat duduk dalam plastik shopping complex and mula terhayun-hayun sana sini mengikut hayunan tangan sis tadi. “Kau agak-agak kita akan pergi ke mana ya?”
Mata Blue tetiba bersinar happy. “Aku harap kita akan pergi tempat yang indah belaka, tempat yang bagaikan di surga! Red. Aku serius tak sabar nak keluar dari kedai tu.” Dia da mula berangan-angan. Damn, aku harap gila rumah sis ni best gila.
Red tergelak tetiba. “I know right.” Red menjulingkan matanya ke atas. “That kedai. Urghh. Bosan nak mampus. Asyik lagu sama je si nate tu pasang hari-hari. Aku harap aku dapat cuci mata tengok sis ni.” Kembar dia tu da sengih lebar.
Nate tu merujuk kepada assistant manager yang sendu tu. Blue da terasa nak tendang Red sebab asyik fikir benda lucah je. Haha. Red dengan perangai lucah dia tu memang tak dapat nak dipisahkan. “Wait, aku ingat kau suka lepak dekat kedai tu? Siap menyanyi sakan.” Tanya Blue tak paham.
“In my ass.” Red buat muka nak muntah.
Blue da gelak kuat-kuat lepas tu. Red join gelak sama sekali dengan kembar dia yang sorang tu.




Aku dan Red dikeluarkan dari beg plastik and diletakkan di atas meja.
“Woahh.” Kata Red teruja. Kepala Red teruja tengok kiri dan kanan. Jaw Red tu memang da boleh cecah lantai la kiranya sebab terlampau teruja tengok keadaan sekeliling. Tapi bukan Red je yang teruja, actually aku pun teruja sama. Weehhh!! Apesal tempat ni awesome gila! Rupanya sis yang beli aku dan Red tu rupa seorang Fashion Designer sebenarnya and right now aku dengan Red ada dekat backstage kat celah mana entah sekarang ni!! Nampak tak berapa tanda seru yang aku letak? Banyak kan? Of course teruja gila babi weh!
Aku kerling Red. Hahahahahaha. Mamat ni memang la. Mesti sekarang tengah drooling tengok model yang half naked sana sini berlari sambil beberapa hairstylist and fashion designer follow belakang all those model.
“Guys! Hurry up!”
Aku dengan Red terus tengok lelaki yang cakap tu. Woah, ni mesti Floor Manager. Lelaki tu nampak scary and garang.
“First model, Adriana Lima. Three minutes.” Tempik Floor Manager tu.
Gosh. Tak payah la nak jerit kuat-kuat. Kitorang tak pekak lagi. Blue tunjuk muka tak puas hati dekat Floor Manager kerek tu. Geez, cakap macam petir.
“Over kan mamat tu.” Bisik Red seolah-olah kalau dia cakap kuat sangat, Floor Manager tu bakal bakar dorang. Hah, macam la dorang boleh dengar apa yang aku dengan Red bualkan.
“Tahu takpe.” Setuju Blue.
“Second model, third model and fourth please line up fast! Alessandra Ambrosio, Stella Maxwell and Behati Prinsloo you guys next!”
“Wait.” Red pandang Blue.
“Apesal?” Blue kerut dahi tengok Red. Mamat ni da kenapa tunjuk muka terkejut segala bagai.
“Aku kenal dorang ni weh.” Red tergagap-gagap cakap.
“Huh?” Blue da tunjuk muka terkejut. “Mana kau kenal dorang?”
“Aku rasa aku tahu kita dekat mana. Oh my god, oh my god!! Fucktard!! Kita ada dekat Victoria Secret Fashion Show weh!!”
Blue tetiba rasa nak gelak. “Kau buat lawak en?”
“NOOO!!” Balas Red kuat. Tapi at the same time Red macam nak sengih jugak. Aku pun tak paham macam Red ni boleh buat benda macam tu. Cakap sambil sengih. Ajaib. “Aku tak tipu. Serius! Look, tu Cara.” Tunjuk Red kat satu arah.
Blue pandang ke arah yang Red tunjuk and yeahh, here we go, si kening tebal Cara Develingne. Woahhhhhhhhh. Adakah ini adalah satu mimpi?
WAT TEH FUCK IS GOIN ON IN MY LIFE?
Victoria Secret? VS?
VS?
Sah, ini hanyalah mimpi dan ilusi semata.



p/s
Setokin. Hehe. Cerita ini tujukan khas untuk someone yang bernama Ashrappuih. Dia baru-baru ni hilang setokin dia pastu dia tuduh aku yang curik setokin dia. Suka-suka je en kan? Haha. Pape pun, selamat membaca and kalau suka ajak la kengkawan lain baca. Jangan lupa komen kalau korang rasa cerita ni best!