Nuffnang

Wednesday 19 April 2017

OYAKAWA / Chapter 3 #224

Chapter 3

Harris masuk ke kelas Ekologi tu and amik seat paling belakang sekali. Kelas start jam 8 pagi and sekarang baru jam 7.50 pagi. Kengkawan coursemate dia ramai yang tak datang lagi. Maybe sebab masing-masing belum balik dari rumah dorang ataupun dorang memang pemalas nak datang kelas. HAHA. Tapi ye la. Siapa je la yang rajin nak datang first class pada semester yang baru. Dia syak ramai coursemate dia tak daftar kelas Ekologi ni lagi pun. Masing-masing pemalas nak bukak ESMP nak daftar subjek. Dasar budak-budak setan. Dia pun daftar saat-saat akhir sebab masa cuti sem lepas, dia habiskan masa dengan berjalan sana sini dalam Malaysia.
1) Sebab dia nak carik Noah.
2) Sebab dia memang nak jelajah Malaysia.
Dia tak paham dengan orang zaman sekarang yang sibuk nak jelajah Europe la Indonesia la China la apa la, tapi Malaysia pun tak habis jelajah, sibuk nak learn negara orang lain tapi negara sendiri pun tak habis nak belajar lagi. Pi la jelajah negara orang lain kalau kau da habis jelajah Sipadan sana. Pi la jelajah negara orang lain kalau kau da habis jelajah Taman Negara Pahang. Pi la jelajah negara orang lain kalau kau da habis takluk segala bagai pulau kat Malaysia ni.
Sibuk nak pergi Westminister Abbey and Trafalgar Square tapi entah-entah Sedim dengan Kalumpang pun tak pernah sampai lagi. Tak salah kau nak jelajah negara orang lain. Bak kata pepatah, jauh perjalanan, luas pemandangan. And Rasulullah pun ada cakap, berjalan atau belajar la kamu sampai ke negara China. Tapi alang-alang sebelum pi luar negara, know your own country dulu la. Pergi la dulu ke Music World Rainforest Festival ataupun Pesta Layang-Layang Antarabangsa ataupun Bird Race Tanjung Tuan event sebelum jejak negara lain. Nanti bila da sampai negara orang lain, bila foreigner tanya
“What is good about Malaysia?”
Takde la kau cakap pasal KLCC atau KL atau Nasi Lemak atau Pulau Langkawi  semata. At least kau boleh terangkan pada orang-orang di luar negara tentang apa yang bagus dan cool nya pasal Malaysia ni.
“Yo. Watcha doin?” Tegur kawan dia sebelum ambil tempat sebelah dia. Introduce to all of you, my freaking creepy friend, Nifael. Tapi semua orang panggil dia as a Pael sahaja. Memang tipikal perangai melayu suka sangat ringkaskan nama yang panjang kepada pendek. Contohnya, Hafiz kepada Apis. Ali kepada Al. Ameer kepada Mir. Syafiq kepada Piq dan sebagainya. Tapi entah la, dia pulak tak suka ringkaskan nama orang yang panjang kepada pendek. Kalau macam nama si Nifael ni, dia tetap akan panggil Nifael and bukannya Pael macam semua orang panggil budak lelaki tu.
“Yosh dude. How’s life?” Balas Harris.
“Not bad la.” Nifael betulkan rambut dia sebelum tebar pandangan sekeliling. “Kau macam mana? Jumpa kekasih hati marka sehidup semati kau tu?”
Harris tergelak. “Gila sasterawan kau ni? Kau bercuti sem lepas pergi bertapa dengan Awang Sariyan ke apa? Gila da maju gaya cakap.”
Nifael gelak sama sebelum kenyit mata dekat budak perempuan yang baru masuk kelas. Harris gelak kecik. Budak ni la kan, memang tak habis-habis dengan perangai mata keranjang dia. Mamat ni memang macam playboy sikit.
Bukan sikit la sebenarnya.
Banyak.
“Aku terpengaruh dengan adik aku baca novel melayu. For fuck sake, Im getting bored kot kat tumah. Tu yang baca je semua novel adik-adik aku.”
“Are you getting more jiwang after this?”
Nifael kerut dahi.” This is Nifael kot. Jiwang is my middle name.” Nifael dabik dada.
“Awkward.” Gumam Harris.
“So, how was it? Kau jumpa Noah?” Nifael cuba dapatkan kedudukan duduk yang selesa sebelum tanya lebih lanjut pada Harris.
Actually, mamat si Nifael ni je la yang dia bercerita semua benda. Dari hal family dia, pasal Noah, pasal sekolah lama dia, pasal perangai macam lahanat dia dekat sekolah lama dia. It’s not like dia da berubah menjadi malaikat, change 360 darjah dari apa yang dia pernah jadi dekat sekolah ; buat seks, vandalisme, pukul anak orang, suka Noah dan beberapa perkara lain, perangai tu ada je dalam badan dia sekarang ni.  Segala perangai setan dia tu sekarang ni, dia tengah compress dalam-dalam dalam lubuk badan dia.
Perangai jahat dia ni macam Benner si Hulk tu la senang cakap. Kau baik dengan aku, I wont bite you. Tapi kalau kau salah tekan button, kau sengaja nak naikkan darah aku la apa la, memang terkeluar la segala benda kejahatan dalam badan dia ni. So far, sejak dia tamat sekolah after fiver,  ada beberapa kali je dia terlepas marah and buat perangai macam setan but other than that, boleh dia sendiri katakan, dia tersangat la behave like a true human being.
Tapi kan Harris, bila nak ingat balik zaman kau sekolah, sumpah teruk nak mampus kau ni dulu.
But hey, at least aku ada kenagan masa zaman sekolah!
Kenangan pukul orang.
Sampai Noah tinggalkan kau.
Harris mengeluh berat. “Not yet Aku tak jumpa dia lagi.”
“Tapi kan Harris, da almost empat tahun kot. Kau rasa dia still kenal kau lagi?”
Harris tak nak pandang muka Nifael. Dia telan liur berat. Noah akan ingat kau lagi ke Harris? Is it? Dia akan ingat kau lagi? Harris kuak rambut ke belakang.
“Of course he is. Dia kata dia sayang aku.” Harris cuba yakinkan diri sendiri.
“Before kau pukul dia separuh mati....” Gumam Nifael.
Harris terus pandang Nifael.
“Aku just nak cakap, kau rasa berbaloi kau still tunggu dia sampai empat tahun ni?” Nifael tanya soalan lagi.
“Mesti. Aku nak cari dia jugak sampai aku jumpa dia.”
“Come on Harris, There are a lot of people yang nak kenal dengan kau. Siti, Dania, Lisa, Ayu, Sara and kalau aku sebut sampai habis memang tak cukup la jari aku nak mengiranya. Punya la banyak budak perempuan nak kenal dengan kau, si Noah tu jugak yang kau tunggu. A boy! Freaking fucking boy and not a girl. Tak masuk lagi bebudak laki gay dekat kolej kau yang sentiasa nak masuk dalam pants kau. Dorang serius macam nak gigit kau duh.” Tambah Nifael dramatik. “Aku rasa tak selamat kalau lalu koridor kau nak masuk bilik kau. Dorang macam bogelkan aku dengan mata dorang tu.” Lepas tu Nifael buat aksi menggeletar ala-ala takut.
Harris terus tergelak sikit. “Jangan kau kena rogol sudah la.”
Nifael tumbuk bahu Harris perlahan. “Dude. You are kejam la.”
Harris tergelak je bila tengok Nifael macam tak puas hati.
“Tapi kan Harris. aku nak tanya kau satu soalan yang agak maut la sebenarnya.”
Harris angkat kening. “Apa dia?”
“Apa ayat pertama yang kau nak cakap dengan dia once kau jumpa dia depan mata kau.”
“Err,” Tetiba dia blank.
Dia blank bukan sebab dia tak tahu nak cakap apa.
They are too many sentence yang berpuing-puing dalam kepala otak dia sekarang ni. Tapi ada satu sentence yang dia simpan kedap dalam hati dia sejak empat tahun lepas.
Harris pandang Nifael. “Aku akan cakap yang aku rindu dia sangat-sangat. I love him so much.”
Nifael pandang tak berkelip tengok Harris. Tak lama lepas tu budak lelaki tu memberi komen. “Too much jiwang. Even for me.”
Harris sengih balik. “For Noah, semua benda aku boleh jadi walaupun aku tak suka benda tu.”





Harris beli aiskrim coklat tu sebelum duduk hadap laut depan mata dia. Lepas habis kelas Ekologi Rekreasi, terus dia pecut bawak kereta and gerak ke Bagan Lalang. Dia terasa nak hadap laut pulak sekarang ni. Harris gigit sikit aiskrim tu sebelum mengunyah perlahan. Terdengar dari jauh Nifael tengah bergelak ketawa dengan siapa entah dekat telefon budak lelaki tu.
Tak tahu skandal nombor berapa budak lelaki tu yang tengah call Nifael. Mamat tu sumpah mulut manis and penuh ayat jiwang semata non stop. Awek memang keliling pinggang and so far, memang mamat tu tak pernah ada awek yang kekal lama pun. semuanya sentiasa bertukar selang seminggu macam tukar pakai baju. And yeah, ada la jugak yang bertahan like almost one month, tapi clash jugak sebab alasan si Nifael ni.
“Depa ni membosankan.”
Harris keluarkan fon dia and slide fon dia sebelum bukak galeri. Dia klik album yang bernama Noah sebelum tatap the only tiga gambar dalam tu. Huh? Harris senyum sorang-sorang. Kau memang menyedihkan la Harris. Dulu budak tu nak amik gambar dengan kau, kau yang sibuk nak elakkan diri la apa la. Sekarang da mula menyesal sebab rindu tak boleh nak telek gambar lain.
It’s not like dia bosan pun tengok gambar yang tiga tu. Dia bersyukur. At least dia ada something untuk dilihat dan dikenang.
Harris hembus nafas berat.
Kat mana nak carik sayang ni.
Sambil tu Harris kuis-kuis pasir pantai menggunakan kaki dia.
Dia sengih-sengih tengok gambar dia dengan Noah makan aiskrim dekat area bukit bintang tu. Kenapa la budak ni comel sangat. Kalau jumpa mata, sah da pegang tangan tak nak kasi lepas.
“Woi.” tegur Nifael. Budak lelaki tu duduk sebelah dia kat atas log kayu sebelum hadap laut lepas. “Tengok apa tu?”
“Gambar Noah.”
“Again?” Nifael kerut dahi. “Come on. You need a laid la at least.”
Harris terus tergelak pandang Nifael. “Eh mamat ni. nak kasi nasihat pun tak beragak.”
“Betul apa. Kau da macam murung. Lets say, kau tak akan berjumpa dia dalam masa 10 tahun. What you gonna do dude?”
“Aku pasti aku akan jumpa dengan dia dalam masa terdekat ni.”
“You already went to his house kan? Kosong tak berorang.”
“Aku salah alamat kot.”
Nifael angkat bahu. “Emm maybe. kau pun pergi rumah dia sekali je. by the way, aku nak bagitahu something.”
“Apa dia?”
Harris pandang Nifael. Nifael tengah tahan – tahan sengih.
“Apa dia setan?” Harris da nak naik angin da bila Nifael sengih-sengih non stop.
“Dude, sabar. Aku tak tahu benda ni betul atau tak or what, tapi it might be true.” Mata Nifael bersinar-sinar bercahaya.
Harris menguap. “Kau nak cakap apa ni. Kau dapat awek baru ke? This is not first time you act like this pun.”
“What?” Nifael buat muka. “No la. Yang ni serius sikit. Hari tu aku ada borak dengan kawan sekolah aku. Dia budak MSN, K6. Atilia nama dia. Dia cerita dekat aku pasal bebudak latihan dia, dari yang muda sampai yang tua. Atilia ni budak atlet universiti kita.”
“Ookay. jadi apa yang kau nak sampaikan? Dia ada big boobs ke?”
Nifael julingkan mata ke atas. “Yeah, she has it and betapa hot gila body dia.”
Harris da mula tunjuk muka malas nak layan.
“BUT!” Nifael kuatkan suara dia. “ Dia ada cerita pasal someone and nama budak tu Noah.”
Harris terus pandang Nifael laju. “What?”
“Iyeeeee.”
“Kau biar betul ni?” Harris tunjuk muka tak percaya.
“And berapa banyak kat dunia ni ada budak lelaki bernama Noah. I mean, nama budak tu agak unik kan? Tapi aku tak tahu la kalau......”
Harris tak dengar pun apa yang Nifael bebelkan lepas tu. Kepala otak dia berdengung. Noah. Noah dia. Nifael cakap pasal Noah dia. Kalau betul itu Noah dia. And dia berharap yang tu memang betul Noah dia.
“Kat mana aku boleh jumpa dia?” Tanya Harris tak sabar. “Kau ada nombor kawan kau Atilia tu? Mesti la kau ada kan? Aku nak boleh? Aku nak contact and tanya dia macam-macam.” Tanya Harris tak berhenti.
“Dude. Chill.” Nifael cuba tenangkan Harris. “Jangan berharap sangat. Ianya maybe not Noah yang kau kenal. Maybe Noah orang lain ke?”
“Tapi kau sendiri cakap kan, nama Noah tu bukannya ada banyak sangat pun kat muka bumi ni.” Harris cuba sedapkan diri dia sendiri padahal dia tahu apa yang Nifael cakap tu memang betul. Mana tahu Noah yang kawan si Nifael cakap tu bukan Noah dia.
Noah dia?
Ah gasak.
Korang yang lain diam.
Nifael mengeluh. “Petang nanti kita jumpa Atilia okay. tapi jangan kecewa sangat kalau tu bukan Noah yang kau kenal.”
“Tak boleh jumpa sekarang ke?”
“Jangan nak mengarut la setan. Atilia ada kelas. Kalau nak jumpa pun, maybe kita boleh jumpa dia petang ni. around 5 atau 5.30 petang.”
“Kat mana?”
“Sport centre. Atilia budak olahraga universiti.”
Tetiba Harris terfaktab sesorang. Dia terasa nak tepuk dahi dia. Dia tak pernah nak cek senarai nama atlet yang ada dekat Malaysia atau mana-mana IPTA. Oh Harris. kau memang la bodoh sungguh.
“Kau da kenapa tetiba tunjuk muka bangang ni?” tegur Nifael.
“Aku terlupa.” Bisik Harris.
“Terlupa apa?” Nifael kerut dahi pandang tak paham pada budak lelaki tu.
“Actually aku baru teringat yang Noah budak olahraga. Aku tak pernah nak cek mana-mana nama dia kat pertandingan apa-apa atau kat IPTA mana-mana. This might be him.”
“Might be not.” Gumam Nifael.
“It’s him. Aku boleh dapat agak.” Muka Harris penuh cahaya and ceria lepas tu. Nifael pandang Harris tak berkelip.
“Aku nak tanya something boleh?” Nada Nifael kedengaran serius.
“Apa dia?” Balas Harris semula. Angin laut tolak kedua-dua ramburt budak berdua tu ke belakang.
“Apa perasaan suka budak lelaki?”
Harris diam.
Nifael pun diam.
Angin berpuput lembut pada mereka berdua.
Harris angkat bahu. “Entah. da aku tersuka dekat dia. nak buat macam mana kan? Bagi aku, masa aku couple dengan perempuan, masa aku couple dengan Noah, it’s not much different pun. Okay, a bit different la.” Tambah Harris perasan Nifael pandang dia tajam.
“Dude!” Nifael tinggikan suara. “Its much different okay. You beat him. Kau pukul dia. Kau gunakan dia untuk seks kau.”
“I know.” Gumam Harris sebelum main-main pasir guna kaki dia sekali lagi. “That was my past. You cant judge me based on my past.” Suara Harris macam kecewa gila.
“Aku harap kalau betul this is Noah your ex, jangan la kau buat macam-macam pada dia.” Nasihat Nifael.
“Kenapa kau ni macam concerrn semacam je.” Harris da pandang pelik dekat kawan dia tu.
Nifael gelak. “Aku kan manusia biasa yang mempunyai perasaan bagaikan malaikat. Of course aku concern.”
“Dia da mula da dengan ayat novel dia tu.” Tutur Harris perlahan.
Nifael tumbuk bahu Harris perlahan. “Bitch.”
Harris tergelak.
“Listen here, Harris.” Nifael buat muka serius. “Dari cerita yang kau pernah cerita pada aku, apa yang kau buat pada dia sangat la teruk.”
Muka Harris berubah.
Nifael sambung lagi. “Yeah I know, ya, ya, aku tahu, tapi kalau betul ni Noah yang kau kenal and kau pernah jumpa masa zaman sekolah, just dont lukakan hati dia.”
Muka Harris berubah ceria sedikit. “Of course. aku akan jaga dia Nifael. aku da tak jahat macam dulu nak kenakan dia selalu.”
Nifael hembus nafas lega. “Bagus la kalau kau da cakap macam tu. Aku tak nak la rasa bersalah in case kau buat perangai lama kau and belasah budak tu ke apa ke. It’s not like aku pernah nampak tingkah laku kau masa zaman sekolah, but I can say, perangai kau...” Nifael pandang Harris atas bawah, atas bawah . “Memang macam budak celaka sikit.”
Harris tolak bahu Nifael. “Ang memang macam anak babi.”
Nifael gelak kuat lepas tu.


p/s
Sorry lambat update dekat blog! kah kah kah. 



1 comment:

Kalau rasa entry ni best, boleh komen :)