Nuffnang

Wednesday, 23 September 2015

semester seven ; week 2 #161

dan hari-hari aku pun berterusan seperti biasa. ni ialah sambungan kepada week 1 of semester 7. anyway, disebabkan aku pun da nak habis belajar, tu yang poyo dan gigih nak buat cenggini. KAH KAH KAH. hey, at least, blog aku berupdate .
14 September 2015 / Isnin

like serious shit, aku tak berapa ingat apa yang aku buat minggu lepas hari senin ni. aku ada kelas Pemasaran Rekreasi tapi kelas tu a bit bosan. aku macam tak berapa tumpukan perhatian dalam kelas. kelas amali pemasaran rekreasi pun tak berapa nak best sangat prtang tu. cuma aku macam culture shock untuk kelas Econs. perghh. haha, ni first time aku belajar econs. berpinar jugak mata. buku teks pun mangai tebal. lecturer suruh beli buku, aku dengan kengkawan lain selamba potostat. KAH KAH KAH. kena paham, student tak banyak sangat duit :3 nak beli buku tu, mahal gila kot!!! kalau ber potostat, dapat la jimat sikit :3

15 September 2015 / Selasa

aku suka hari selasa sebab ada kelas keusahawanan. aku dengan team aku nak buat bisnes and daftarkan terus dekat SSM. aku dengan kengkawan aku decide nak buat kem 3 hari 2 malam untuk student area putrajaya and cyberjaya. mintak-mintak lerrr semuanya sihat walafiat dan okay saja projeknyaaa.

untuk projek Jamboree Kebangsaan kat Putrajaya, tetiba je la pulakkan aku kena jadi ketua Modul Development. kiranya, all the activities and segala perancangan games dan TOT under aku. macam harem. kasi la orang lain pulak. -,- gua da bosan pegang jawatan Ketua Aktiviti je. yadaa yadaa, aku tahu, ianya memang bagus untuk CV and all that, tapi sampai satu tahap, emm, penat jugak sebenarnya.

hopefully, it will be fun. malamnya pulak, aku ada meeting koko. haha. aku dapat jawatan sebagai penasihat projek.

16 September 2015 / Rabu

cuti hari Malaysia. so takde kelas langsung. heaven!

jadi aku dengan kawan aku Trisha and Sasha pergi KL untuk jejalan. kitorang park motor dekat LRT Sungai Besi sebelum shoot pergi KL.

satu, teman Sasha and Trisha beli tiket bas dekat Pekeliling.

Dua, makan dekat Avenue K.

Tiga, layan busker kat LRT KLCC tu.

da lama sebenarnya tak jejalan KL. baru aku sedar akan perkara itu.

17 September 2015 / Khamis. 

Trip ke Sungai Tekala!!! yeahhh, walaupun baru minggu kedua pembelajaran, tapi aku dengan classmates da start trip pun ke Tekala. best gila!!!

18 September 2015 / Jumaat

takde kelas. cuti. tidur. rehatkan minda dan badan. pagi jumaat tu, aku Didi, Trisha and Sasha pergi trekking dekat area Taman Wawasan, Puchong. reason utama dia ialah untuk temankan Didi Reccy kawasan tersebut pasal FYP dia. Didi might be buat pasal GIS and Remote Sensing which is sangat la tough. and trekking kat situ pun letih barabas jugak. trail cilaka da rosak teruk.

petang tu pulak, aku pergi library kejap sebab nak tengok FYP lama-lama kat library tu. bagus kan aku ni? hahaha. rajin pi library. :P balik dari library tu, aku jumpa Afaf. Afaf ni jaga kiosk makanan and after 5, makanan yang takde orang beli, memang dia buang je ke dalam tong sampah. aku cakap kat Afaf yang aku nak makan makanan yang ada tu.

jadi aku pun makan la berger, bebola daging, sosej dan roti, kebab, nasi lemak, nasi goreng kampung. KAH KAH KAH. jimat makan malam aku. lepas tu, sembang kejap dengan foreigner yang tetiba datang kat gerai Afaf. lepas foreigner tu belah, aku borak dengan Afaf sambil teman Afaf makan kejap sebelum masing-masing pergi ke destinasi seterusnya. Afaf balik ke rumah sewa dia. aku pergi tengok latihan softball dekat Padang.

19 September 2015 / Sabtu

Koko. macam biasa aku sampai lewat. kalau first week, aku lewat 15 minit. second week ni pulak aku lewat 30 minit. hurmm. memang la sharky, -,- perangai kau memang bak hang teruk!! ada ke datang lewat ke kelas. hahaha.

habis je koko, aku terus rushing balik rumah sebab kakak aku kawen. aku ada 3 kakak. kakak first kawen tahun 2007. yang second kawen tahun 2013. yang ni kawen tahun 2015. tinggal aku je la yang tak kawen lagi. HAHAHAHHAHAHAHAHA. sampai je rumah, *aku balik rumah, terus shoot naik motor je* terus makan tengah hari. lauk tengah hari itu ialah kambing golek, ayam masak kicap, ikan keli dan sayur.

kenduri kakak aku, kitorang still guna sistem rewang and tak guna katering. so lepas makan tengah hari tu, gigih la berperang dengan pinggan, mangkuk, cawan dan segala bagai lagi. lepas tu basuh ayam pulak. HAHAHHAHAHAHAHAH. siap je basuh ayam, semua da nak pengsan. nasib baik aku tak kena nak amik santan bagai lepas tu.

sabtu malam ahad tu , ada malam berinai. gigih la kakak aku berposing sakan depan kamera. lauk malam tu pulak ialah teh tarik, air anggur, roti canai and jugak nasi lemak serta ikan keli goreng. perghh, leleh air liur bhai! hahahaha. malam tu, satu family aku pakai baju warna oranje. nak usha lebih lanjut, boleh la usha IG gua. KAH KAH KAH. cam bangang, kau ingat kau artis ke setan?

20 september 2015 / Ahad. 

bangun pagi dengan mata panda. mandi dan terus bersiap pakai baju melayu serta samping songket, da macam aku pulak yang nak berkahwin. HAHAHHAHAHAHAH. pastu tolong ayah layan tetamu, kasi goodies, angkat goodies dan sebagainya.

habis je kenduri, terus kemas rumah, kemas periuk belanga, basuh kawah, basuh kuali, kutip sampah, kemas meja, kemas stor, kemas cawan, kemas pinggan, kemas segala bagai yang lain. like serious shit, memang penat gila barabas. last-last abang ipar aku cakap kat aku.

"nanti kau kawen je la dekat dewan."

emm, bila la agaknya aku berkawen? HAHAHAHHAHAH. persoalan ajaib ni.



bagi aku semester 7 ni sangat la seronok tapi pada masa yang sama, sangat memenatkan. penuh dengan projek and meeting segala bagai. and nafsu makan aku pun makin bertambah, berat badan pun makin meningkat. HAHAHAHAHHA. aku pulak masih pening-pening lalat pasal FYP aku. bagi orang lain, memang la senang, tapi bagi aku yang loser ni :( hurmm, macam mana nak survive ni? HUARGHHH!!! Jom la nangis wahai Sharky!!

p/s
sekarang tengah pening kepala. nak mintak urut :((




4 comments:

  1. Selamat pengantin baru utk akak ko...gigih update cerita seminggu eh...hahaha...remaja bila nak hapdate???hahaha...

    ReplyDelete
  2. Tuan empunya buku sure bengang..dia beli mahal2,korang pinjam,potostat..haha

    :pernah buat jugak: ekekekekek

    ReplyDelete
  3. Terbaik la, apa2 pun gud luck shark on your FYP.. every loser can be a champion hahahaha kena bg sikit je ubat rajin hehe...

    ReplyDelete
  4. Assalamu alaikum wr wb,,senang sekali saya bisa menulis dan berbagi kepada teman2 melalui room ini, sebelumnya dulu saya adalah seorang Pengusaha Butik yg Sukses, kini saya gulung tikar akibat di tipu teman sendiri, ditengah tagihan utang yg menumpuk, Suami pun meninggalkan saya, dan ditengah himpitan ekonomi seperti ini, saya coba buka internet untuk cari lowongan kerja dan secara tdk sengaja sy liat situs pesugihan AKI SYEH MAULANA Di Website/situnya Saya pun langsug hubungi beliau dan Semua petunjuk AKI saya ikuti dan hanya 3 hari, Alhamdulilah benar benar terbukti dan semua utang saya lunas dan sisanya buat modal usaha, kata kata beliau yang selalu sy ingat setiap manusia bisa menjadi kaya, hanya saja terkadang mereka tidak tahu atau salah jalan. Banyak orang menganggap bahwa miskin dan kaya merupakan bagian dari takdir Tuhan, Takdir macam apa? Tuhan tidak akan memberikan takdir yang buruk terhadap kita semua, cobaan yang Tuhan berikan merupakan pembuktian seberapa kuat Anda bertahan di dalamnya, Tuhan tidak akan merubah nasib Anda jika Anda tidak berusaha untuk merubahnya. saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui Ritual Penarikan Dana Hibah AKI ZYEH MAULANA saya Bisa sukses, Jadi kawan2 yg dalam kesusahan jg pernah putus asah, kalau sudah waktunya tuhan pasti kasi jalan asal anda mau berusaha, AKI ZYEH MAULANA Banyak Dikenal Oleh Kalangan Pengusaha Dan Artis Ternama Karna Beliau adalah guru spiritual terkenal di indonesia, jika anda ingin seperti saya silahkan Tlp Aki Di 0852-9827-5599 atau KLIK DISINI PESUGIHAN AKI MAULANA Wassalam

    ReplyDelete

Kalau rasa entry ni best, boleh komen :)