Nuffnang

Sunday, 3 January 2016

Magis chapter 3 #179


“siapa dia?” Lilo tanya dekat Aidan. Masa tu dorang berdua da dalam tren. 
Aidan angkat bahu. “Cohors Fures kot.” Aidan tepuk-tepuk perlahan belakang badan Lilo. “belakang kau berpasir. Ni mesti sebab kau berguling tadi.”
“siapa Cohors Fures tu?” tanya Lilo lagi walaupun Aidan tengah bersihkan belakang badan dia.  dia tak amik pedulik pun. 
“emm. Cohors Fures. Geng Pencuri Ahli Sihir.” Aidan pandang Lilo dalam-dalam sebelum bersihkan rambut Lilo. “rambut kau pun berpasir.” Aidan sengih. “aku rasa kau berguling je pun. Bukannya pergi mandi pantai.”
“Geng pencuri ahli sihir tu apa?” tanya Lilo lagi. 
Aidan mengeluh. “ Cohor Fures. Dorang ni selalunya curi kuasa ahli sihir yang akan start daftar masuk sekolah. Contoh paling senang, kau la. Dorang try untuk curik / sedut / colek atau apa-apa panggilan yang kau nak guna, kau punya kuasa sihir. Tapi selalunya Cohor Fures akan ambik kuasa sihir budak budak ahli sihir yang parent dia bukan datang dari ahli sihir. Dorang selalunya tak akan kacau atau sedut kuasa sihir budak-budak yang datang dari family ahli sihir. Sebab tu mesti ada wakil sekolah yang akan datang temankan kau untuk beli barang dan lain-lain lagi pada peringkat awal-awal ni. Kau boleh bayangkan apa akan jadi kat kau kalau aku takde tadi?”
Lilo telan liur pandang Aidan. “Gosh man. Aku rasa aku bakal mati kot.” Gumam Lilo.
Aidan gosok-gosok rambut Lilo. “takde la sampai mati. Selalunya bebudak yang Cohors Fures da sedut kuasa dorang, dorang just akan pengsan and hilang ingatan apa yang da jadi pada diorang. Diorang tak pernah ingat yang diorang dapat tawaran belajar dekat sekolah sihir. Kau pernah dengar kes bebudak sekolah menengah hilang and then dijumpai beberapa jam kemudian ataupun dijumpai keesokan harinya?”
Lilo julingkan matanya ke atas. “selalu je dengar kes bebudak hilang and kena culik. and even worse, ada je kes yang konon hilang sebab ikut pakwe or kekasih hati sehidup semati.” kata Lilo jelek.
Aidan sengih. “thats the same old story Lilo. Sebenarnya dorang tak hilang atau ikut kekasih ke apa. And kalau kau sedar, most of remaja yang konon-kononnya hilang atau ikut kekasih ni dalam range umur yang sama. 13-15 tahun. Well, dalam umur-umur macam ni la target mangsa Cohors Fures.”
Lilo da terfaktab. dia sangat tak sangka sebenarnya all this time, kuasa sihir semuanya berlaku kat depan mata dia. masuk berita and all that. Cuma dia je yang tak perasan and dia rasa semua manusia kat dunia ni tak perasan yang kadang-kadang sihir berlaku je depan mata dorang semua. sebagai contoh paling dekat ialah kes remaja yang hilang yang Aidan cerita tu.
“by the way, apa jadi dengan budak perempuan yang kau kalahkan tadi Aidan? I mean yang serang kita tadi tu?”
“kenapa dengan dia?” tanya Aidan kerut dahi.
“tak ke macam pelik kalau ada manusia lalu and nampak seorang budak perempuan terbaring atas jalan sambil berguling guling menjerit tapi takde suara yang keluar dengan berpakaian ala-ala gothic.”
“if she is Cohors Fures, dia takde masalah nak lepaskan diri dari sihir tali yang aku buat tu.” Aidan tersuging.
Lilo da terdiam. dia tengok Aidan dalam-dalam. Aidan ni mesti budak yang power gila dia punya sihir. Sebab cara dia tengok Aidan lawan dengan budak perempuan tadi, that girl for sure did not stand a chance at all. And dia dapat rasakan jugak yang Aidan pun tadi lawan dengan penuh tidak serius dan sangat main-main. Dia pandang Aidan yang berdiri sebelah dia. Lilo tilik dari atas. 
Aidan. Seorang remaja yang emm, kacak bergaya sebenarnya walaupun seorang ahli sihir. Ada lesut pipit. Hidung mancung kategori roman nose. Kulit cerah. Bibir belah tengah. Ada tahi lalat dekat tepi mata kanan dia. Dagu pun bergaya. KAH KAH KAH. Masalah betul kau ni Lilo. Sampai dagu orang pun kau nak usha bagai. Kau ni memang la ada konflik dalaman betul. 
“kau tengok apa?” tegur Aidan.
Lilo da malu sorang-sorang sesorang sebab kantoi usha anak teruna orang. Im so fucked up right now. “nothing.” Lilo terus pandang luar. Tak lama lepas tu dia pandang Aidan balik.  “i was just thinking. macam mana kalau aku ni tak boleh buat kuasa sihir langsung. I mean, look at you.” Lilo pandang Aidan atas bawah. “kau power gila kot tadi bila lawan budak perempuan tu tadi. She did not stand a chance at all. ”
Aidan gosok rambut Lilo sekali lagi. 
Lilo julingkan matanya ke atas. “ gosh dude.” Lilo gelak. “kau memang suka serabaikan rambut orang ke apa?”
Aidan sengih je. budak tu memang la manis je dengan senyuman. “banyak benda yang kau boleh belajar dekat King George nanti. Takde masalah untuk kau catch up all those magic thing. Maybe kau akan jadi ahli sihir yang lebih hebat dari aku. Kau dari keturunan yang bagus kot. One of your previous family pernah masuk Duel Tournament and it was quite an amazing tournament.” Puji Aidan.
Lilo kerut dahi. “what is Duel Tournament exactly?” tanya Lilo. 
"ianya pertandingan ahli sihir yang menggunakan kuasa sihir one on one. tapi ada jugak kategori lain which is 3 on 3. dia macam ala-ala sukan tinju atau boxing Cuma dalam Duel Tournament, kita tak guna fist tapi sebaliknya kita menggunakan tongkat sakti." 
Lilo terangguk-angguk tanda paham. "jadi apa beza one on one and three on three tu?"
"well, kau pernah tengok sukan badminton tak? sebenarnya sukan badminton diilhamkan daripada Duel Tournament. Dalam badminton, ada kategori single and double kan? kalau kategori single badminton,  ada women single and man single. Meanwhile kalau dalam kategori double, ada women's double, men's double and mixed double aite?"
Lilo terangguk-angguk tanda bersetuju. 
"sama je macam Duel Tournament. Dia ada dua kategori. Kalau kategori one on one is kategori single meanwhile kalau three on three is kategori team. Kalau single, sama je macam badminton, ianya single lelaki and single perempuan. Kalau kategori team which is three on three, ada team tiga lelaki, team tiga wanita and team mixed which is sama ada dua lelaki satu perempuan dalam satu team atau dua perempuan and satu lelaki dalam satu team."
Lilo terangguk-angguk lagi tanda paham. “macam best je Duel Tournament ni.” ulas Lilo teruja. 
Stesen seterusnya, PWTC. Next station, PWTC.
Kedengaran suara perempuan dalam tren yang memberitahu what is next station. 
Aidan pandang Lilo. Lilo pandang Aidan. “lepas ni kita turun dekat PWTC.” Bagitahu Aidan.
Lilo angguk tanda paham.
Jeda seketika sebelum Aidan sambung berbual pasal Duel Tournament., “it’s actually quite an impressive tournament. And your abang kepada atuk ayah is very powerful enough la sebab dia wakil KGMS dalam Duel Tournament and what is good about it, dia dapat tempat ketiga dari semua peserta.he is totally cool. lagi-lagi dia masuk kategori single.”
Lilo tersengih-sengih. Dia still tak dapat nak grab betapa cool nya abang kepada atuk ayah dulu tu sebab dapat tempat ketiga dalam Duel Tournament.
“err jadi, kau pernah masuk Duel Tournament?” tanya Lilo.
Aidan sengih je. “actually, aku tak cukup bagus untuk join team Duel Tournament KGMS. dia macam satu team yang sangat elit and very powerful dalam membuat magis. They are too superb.” Puji Aidan melambung. 
Lilo da nganga. serius la Aidan yang power ni pun bukan salah seorang dari ahli Duel Tournament KGMS. “kau ni macam menipu je.” Lilo picing mata pandang Aidan.
Aidan terus tergelak lepas tu. “kay kay. aku memang dalam team KGMS Cuma aku dalam kategori team. not good enough to be men’s single la.” Aidan julingkan matanya ke atas. “by the way. Duel Tournament ni sama je popular macam Quidditch and jugak Piala Ahli Sihir Trio.”
Lilo da terfaktab. “what?” Lilo terdiam kejap. “Hold on tiger. Quidditch? Quidditch tu real ke?”
Nganga mulut sebab tak percaya. 
Aidan da kerut dahi. “err, kenapa pulak Quidditch tu tak real pulak. Kalau kau baca cerita Harry Potter tu, semua kisah dalam tu semuanya kisah benar.”
Lilo tersengih tetiba. “ that’s awesome! Dekat Malaysia ada ke Quidditch?” Tanya budak lelaki tu teruja. 
“tak payah nak jauh sangat.” Aidan sengih. “dekat KGMS pun ada Lilo.”
“what? shut up!”
Aidan sengih. “you heard me.” 
Stesen PWTC. PWTC Station.
“jom turun sini.” ajak Aidan. Pintu tren buka. Aidan keluar dari dalam tren bersama manusia yang lain. Lilo ikut rapat di belakang Aidan.
“jangan la jalan laju sangat.” Bagitahu Lilo.
Aidan Cuma tersengih je lepas tu. Memang la budak Lilo ni macam adik aku je. 





Sentuh Touch n Go dekat mesin and Lilo ekori Aidan keluar dari Stesen PWTC. 
“err, Aidan.” Lilo berlari-lari anak bersaing dengan mamat tu. dia berjalan seiring dengan Aidan. “kita nak pergi mana?”
“pergi beli barang la. beli barang sekolah kau. beli barang sekolah aku.”
“i know. err. tapi dekat mana?” tanya Lilo ragu-ragu. dekat muka budak lelaki tu memang da tertampal da question mark besar besar. DEKAT MANA JE LA DEKAT KL NI , BOLEH BARANG-BARANG SIHIR SEGALA BAGAI. LAGI-LAGI NAK CARIK EKOR UNIKORN. 
unikorn weh? U-NI-KORN. a fucking unikorn. unikorn kuda bertanduk. dia ingat haiwan tu mitos je. well, mitos untuk negara barat la sebab haiwan mitos dekat Malaysia ni ialah Naga Tasik Bera. 
emm, Lilo da terfaktab sorang-sorang. entah-entah Naga Tasik Bera tu pun real jugak. -,-
Dorang berdua lalu dekat laluan pejalan kaki – jejantas di antara PWTC dan The Mall. Lilo tarik lengan baju Aidan. 
Aidan angkat kening pandang Lilo suruh Lilo bertanya. Banyak pulak yang budak tu nak bertanya. Orang ramai lalu keliling dorang berdua. Dorang berdua pun berjalan redah manusia tapi dalam langkah yang lambat dan perlahan. 
“err,” Lilo keluarkan surat and segala bagai surat keperluan dari dalam beg sandang yang dia bawak. “ehem. unikorn ni. err, betul ke wujud?”
Aidan tersengih. “kenapa?” sambil tu dorang berdua terus berjalan meredah manusia yang maha banyak dekat KL tu. 
“emm,” Lilo garu-garu kepala walaupun tak gatal. “curious.” lepas tu gelak awkward. 
“populasi unikorn dekat Malaysia agak kurang la kalau nak banding dengan europe country. Most of the unicorn ada banyak dekat Belanda. Tapi Malaysia banyak je hawain ajaib yang lain selain dari unikorn.”
“eh? serious meh ada jugak? apa dia?” mata Lilo da bulat sebab teruja ingin tahu.
Aidan da nak tergelak dengan reaksi Lilo tapi tahan je la nafsu nak gelak tu. “duyung contohnya?”
Lilo da nganga mulut. 
Aidan terus tergelak. “aku tak tipu. Banyak kat area Kuala Sepetang, Pulau Ketam, area Labuan pun banyak jugak. Tapi most likely about banyak area Sipadan sana la. Dulu banyak dekat area Melaka. Sebab tu masa zaman kesultanan Melayu Melaka, perniagaan and pelabuhan kapal sangat maju. Selain Orang Laut tolong jaga pelabuhan, Duyung pun tolong jaga sekali. and for that reason jugak la lanun agak kurang dekat area Selata Melaka tapi banyak sikit dekat Laut Sunda sana. Laut Sunda is too big and aku tak rasa banyak duyung area sana sebab banyak hidupan laut dalam dekat situ. Tapi banyak duyung yang da mati and berhijrah ke tempat lain lepas Alfonso de Alburqueque invade Melaka.”
“dorang join perang sekali?” tanya Lilo ingin tahu.
“of course.” Ia Aidan pantas. “Parameswara is not one of the ahli sihir tapi dia tahu yang ahli sihir and makhluk ajaib ni ada. Dia hormat kalangan kita, I mean ahli sihir semua ni la. Lagipun  Majapahit and Srivijaya is one of the kerajaan at that time yang well known sebab 
1) pelabuhan and kemahiran martim dorang semua
2) sebab kemampuan dorang takluk sesuatu tempat 
3) sebab banyak ahli sihir datang dari both of that kerajaan. 
Lepas Srivijaya tumbang, most of makhluk ajaib ikut Parameswara ke Melaka and of course termasuk la duyung yang aku cakap tadi tu.”
“tapi kenapa tak ke Majapahit? kenapa ikut Parameswara?” Lilo da kerut dahi.
“Majapahit is well known because of their dark magic.”
Lilo terkedu kejap.
“most of early perang zaman dahulu kala banyak dicetuskan oleh ahli sihir dari Majapahit. They are too hard too control but at the same time, they are really good in magic. During that time, kalau ikut Sejarah Sekolah-Sekolah Sihir, Institute Gajah Mada, Majapahit is one of the best school in the world selain dari Hogwarts. Most of Duel Tornament pun, banyak kali Institute Gajah Mada yang menang. Even Hogwarts pun kalah dengan dorang.”
Lilo da husyuk dengar apa yang Aidan cakap. “awesomenya! aku sangat-sangat tak sangka yang dari dulu ada kuasa sihir bagai ni lagi-lagi Majapahit.”
“zaman dulu, aku rasa kuasa sihir dorang lagi kuat dari zaman sekarang. and segala nama bagai seperti pawang, bomoh, shaman and lain-lain, actually dorang ialah ahli sihir yang mendapat pendidikan sekolah ahli sihir. there is no such thing informal learning untuk ahli sihir.”
“erkk. kenapa kau cakap macam tu? sebab kat Malaysia ni macam banyak je bomoh and pawang yang dapat bakat dari ayah atau atuk dorang. and hal-hal saka semua bagai tu.”
“tahun 1309, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Ahli Sihir telah menandatangani memorandum dan perjanjian, di mana setiap negara telah bersetuju, well, masa tu kita tak panggil negara tapi kita panggil jajahan, setiap ahli sihir haruslah mendapat pendidikan secara formal yang betul, adil dan saksama dari mana-mana institut ahli sihir yang ada dekat muka bumi ini. tidak ada dan tidak boleh melakukan informal learning untuk setiap ahli sihir yang lahir.”
“termasuk Malaysia?”
“yap. termasuk Malaysia. walaupun masa tu Malaysia belum ditubuhkan and most country tak wujud pun dalam dunia nyata tapi dalam dunia ahli sihir, we already have the system and jajahan yang sangat maju.”
“but come on, boleh je tipu all those memorandum tu.” Lilo rolling eyes.  “maksud aku. ye la. memang la memorandum tu ditandatangani oleh yadaa yadaa from all those country ataupun jajahan, tapi macam mana kalau parents yang ada anak ahli sihir, tapi reluctant untuk hantar ke mana-mana institut and mengajar sendiri anak-anak dorang magis dekat rumah? how about that?”  balas Lilo.
“memang boleh terjadi hal-hal macam tu.” Aidan tersenyum. “tapi selalunya bayi yang lahir dengan kuasa sihir akan terdapat pengesan pada mereka.”
Lilo kerut dahi. “pengesan? tracker?”
Aidan pikir dalam-dalam. “sort of. entah la. aku pun tak pasti macam mana sistem tracker pada ahli sihir tu. sejak kau lahir, even your parents bukanlah ahli sihir sekali pun, still nama kau akan keluar dekat Pejabat Kelahiran Ahli Sihir Malaysia. Kalau kau lahir dekat Indonesia, then nama kau keluar la dekat Pejabat Kelahiran Ahli Sihir Indonesia. and bila umur kau 14 tahun ,seorang wakil dari mana-mana sekolah / intitut yang berminat dengan kau, akan approach kau untuk masuk institusi mereka. sebab tu hari ni aku datang rumah kau untuk bagitahu yang kau ialah seorang ahli sihir. terasa macam lama kan, padahal baru hari ni je aku jumpa kau. and sebab tu jugak segala jenis informal learning tidak dapat dilaksanakan oleh ibu bapa ahli sihir sebab ada tarcker ni.” Aidan sengih-sengih pandang Lilo. 
Lilo dan Aidan turun tangga dari laluan pejalan kaki – jejantas tu dan menuju ke Stesen Bas Putra. 
“tapi sebab apa tak boleh buat informal learning semua tu.”
Aidan tersengih sebelum jawab soalan Lilo tu. “aku tak rasa kita nak perang dunia ke 3 berlaku dekat dunia sihir kan?”
Lilo terkedu. Perang dunia? This is madness gila! What of perang dunia la? “err,” Lilo terus tukar topik. “i thought kita terus masuk PWTC untuk beli barang.” tanya Lilo pelik.  budak lelaki tu meliarkan pandangan ke sekeliling tempat. beria nak tengok mana tahu terdapat benda-benda ajaib yang dia ternampak ke apa ke.
“kita memang nak beli barang dekat dalam PWTC tapi pintu dia bukan dekat PWTC. kita kena pergi kat Stesen Bas Putra dulu baru boleh masuk PWTC.”
Lilo da tak paham. “emm, kenapa nak kena pergi sana...”
“pintu masuk Lilo. Pintu masuk ke dunia sihir.” Pintas Aidan.
“ohh.” serius la dunia sihir ni memang banyak cekadak betul.  “sounds cool. pintu macam closet Narnia tu ke?” tanya Lilo sarkastik. tapi lepas tu dia jadi ragu-ragu sesorang.  sekarang dia da tak dapat bezakan movie dekat TV dengan dunia nyata. dia da terfaktab bagai. nak cakap tak real, tapi apa yang Aidan cakap pasal dunia sihir, most of them datang dari movie-movie dekat TV. macam yang Aidan cakap, penulis buku semua bagai tu, bukannya manusia biasa. sebab tu they can wrote it very well. sebab ianya kisah yang benar. macam kisah Merlin and Harry Potter!
Aidan tergelak kecik. “no la budak kecik.” Aidan dengan Lilo berdiri kat tepi jalan untuk melintas ke seberang jalan. dua dua pandang kiri dan kanan sebelum melintas. setelah pasti takde kereta yang pecut laju gila macam apa je, terus dorang berdua melintas jalan. 
“closet Narnia tu kalau kita nak teleport ke kawasan lain. Contohnya kalau aku dari Malaysia nak ke Europe tanpa guna flight, aku guna la Closet Narnia tu. Well, it’s actually called as a Door of Light.”
“flight?” Lilo kerut dahi. “Ahli sihir naik flight?”
Aidan gosok kepala Lilo. Lilo da kerut dahi. “oh kamon Aidannnn.” Rungut budak lelaki tu lagi. “rambut aku.” 
Aidan da tergelak ketawa. 
“so, ahli sihir naik flight?”
“well,” Aidan tengah berpikir untuk bagi jawapan terbaik dekat Lilo. “sometimes they do. sometimes they don’t. macam aku.” Aidan rujuk kat diri dia sendiri. “aku lagi suka naik flight dari guna Sihir Ghaib and Door of Light pun untuk orang kaya je sebenarnya.” Aidan angkat bahu. “depends la. ikut ahli sihir. ikut keselasaan masing-masing.” 
Aidan dan Lilo berjalan masuk ke tempat parkir kereta dan naik ke tingkat atas sekali. Lilo ikut Aidan dari belakang and clueless ke mana dorang berdua nak pergi. 
“we are we going actually?” tanya Lilo lagi tak penat. 
“emm, pergi beli barang la.”
“urghh. but what are we doing dekat tempat parking kereta ni?” tanya Lilo lagi tak bosan.
Lilo dan Aidan sampai ke tingkat atas sekali which is parkir tidak berbumbung Stesen Bas Putra dan Lilo ikut Aidan menuju ke seorang lelaki yang sedang duduk sorang-sorang dekat bawah payung besar berwarna warni macam dekat pasar malam selalu tu. Dekat depan lelaki tu jugak ada meja kelabu yang macam dekat pasar malam jual kuih muih tu and also ada jugak macam buku tiket bas. 
Lilo tengok lelaki tu agak tua sedikit. pakai jaket jeans yang agak lusuh. berjambang and pakai shade. ye la, pakai shade sebab tengah hari kan. panas terik pulak tu. tapi bab aku tak paham kat pakcik ni sebab pakai jaket jeans. pakai la T shirt biasa sudah.  
“dua tiket ke PWTC Shopping Mall please.” kata Aidan kepada lelaki tersebut. 
“nama?” tanya lelaki tua tersebut. 
“Aidan Alexander dan juga Lilo Nezmi.” 
Lelaki tu tulis something dekat atas kertas yang macam tiket bas tu sebelum keluarkan cop dari dalam poket dan cop kuat kat muka kertas ala-ala tiket bas tu. 
tak lama lepas tu, keluar perlahan-lahan perkataan dekat kertas tu. “Aidan Alexander, 21 tahun. Tahun 7 di KGMS. Lilo Nezmi. 14 tahun. Bakal freshmen di KGMS.” Baca lelaki tua tu dari kertas ala-ala tiket tu.
“yap. exactly.” Ia Aidan pantas. 
lelaki tua tu hulur kertas dekat Aidan dan budak lelaki tu terus sambut dan ajak Lilo berlalu dari situ. Lilo ekori Aidan dari belakang sebelum berpaling melihat lelaki tua tadi. Lelaki tua tu keluarkan cerut dari poket dia, keluarkan lighter dan mula bakar hujung cerut tersebut. Asap berkepul keluar dari hujung cerut dan muka lelaki tua tu kelihatan puas. 
“okay. sekarang kita da dapat tiket. So, let’s shopping.” Ajak Aidan ceria. Aidan hulur kertas ala-ala tiket tu kepada Lilo. Lilo tunduk dan baca perkataan yang ada dekat kertas tu. “ Lilo Nezmi. 14 tahun. Bakal freshmen di KGMS.” Semerta badan Lilo terasa sejuk sebelum kembali kepada biasa. 
“err, akhirnya kita boleh beli ekor unikorn?” tanya Lilo sambil mendongak pandang Aidan kembali. 
“ya. akhirnya kita boleh beli ekor Unikorn.” Ia Aidan sambil tersenyum lebar.
Rahang Lilo da jatuh ke tanah. “Oh-my-god!”
Aidan da senyum lebar sebelum kerling Lilo kat tepi dia. “Welcome to the great shopping Mall of Magic, PWTC.”
Rahang Lilo memang la da tak boleh kembali kepada biasa bila tengok pemadangan dekat depan mata dia tu. Superb gila duh!


p/s
aku ada exam asas ekonomi senin ni! wish me luck! :)

15 comments:

  1. Lama aq tunggu akhirnya da update pon btw citerko ni aq suka sngt yg tersangat2 gila berabas punya kes bdk lari ikut pakwe pon ada hahhaha, sejarah melaka pon ada mmg aq respect ko shark aq yg nk pt3 ni pon da lupa tp ko ingat kan aq balik, tq shark i love your story

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. terima kasih kerana suka :))

      Delete
  2. Oh gosh...shark...serious shit...very infomative chapter...smpai kn bab sejarah pon ko masuk kn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. aku sesaja je tambahkan tu. apa salahnya masukkan benda yang berfaedah. hehe.

      Delete
  3. superb arr shark, btw nak tanye, magis ni plu ke tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang ni aku tak decide lagi. haha

      Delete
  4. Shark, u r the real story writer bro... Bakat penulisan ko ni kalau dihalakan ke laluan yang betul, in shaa allah ko boleh jadi penulis termasyhur suatu hari nant. Keep it up... "Penulis berilmu, karya terbaik"...

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya allah. kalau ada rezeki, aku pun nak jadi penulis terbaik. hehehe./

      Delete
  5. Shark, u r the real story writer bro... Bakat penulisan ko ni kalau dihalakan ke laluan yang betul, in shaa allah ko boleh jadi penulis termasyhur suatu hari nant. Keep it up... "Penulis berilmu, karya terbaik"...

    ReplyDelete
  6. Sharkkk.. Update remaja pleaseeeee :'(

    ReplyDelete
  7. Br kuar sampai episod 3 ke?? yg len mane??

    ReplyDelete
  8. Br kuar sampai episod 3 ke?? yg len mane??

    ReplyDelete
  9. HAHAHAHAHAHA biar betol dowh ?! sampai sekarang aku terkagum dengan sendirinya macam mnana lah si sharky ni dapat idea serba ilham yang maha pelik macam nie ???

    ReplyDelete
  10. Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya IBU HERAWATI seorang TKW dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar IBU DARNA yg dari singapur tentan AKI SYHE MAULANA yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor Togel toto 6D dr hasil ritual/ghaib dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.230.000 Ringgit ,kini saya kembali indon membeli rumah dan kereta walaupun sy Cuma pembantu rumah tanggah di selangor malaysia, sy sangat berterimakasih kepada AKI SYHE MAULANA dan tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui AKI MAULANA saya juga sudah bisa sesukses ini. Jadi kawan2 yg dalam kesusahan jg pernah putus asah, kalau sudah waktunya tuhan pasti kasi jalan asal anda mau berusaha, ini adalah kisah nyata dari seorang TKW, AKI MAULANA adalah guru spiritual terkenal di indonesia. jika anda ingin seperti saya silahkan Hub: 0852-9827-5599 atau kunjungi situs/website KLIK DISINI DUNIA GHAIB


    ReplyDelete

Kalau rasa entry ni best, boleh komen :)