Nuffnang

Tuesday, 8 December 2015

Magis chapter 2 #176

previously on Magis chapter 1

“err, macam mana awak buat semua ni?” Lilo belek-belek ros yang ada pada tangan dia tu. 
“belajar dan berusaha keras di KGMS.”
Lilo pandang Aidan lagi. Susah dia nak percaya dekat mamat depan mata dia ni. Betul ke ahli sihir ni wujud? oh kamon. walaupun dia da nampak apa yang mamat Aidan ni buat depan mata dia, tapi dia still ragu-ragu dan tak percaya. 
“ye. Saya tahu awak ada banyak soalan yang nak tanya pada saya. I can see very clearly from your eyes.” Aidan da sengih.
“of course I am!” 

********************************************************


"Of course I am." Puan Fedora bersuara dari arah pintu sambil tatang dulang penuh dengan makanan dan jugak air minuman. Lilo dengan Aidan tengok Puan Fedora letak dulang atas meja kayu yang ada dekat gazebo tu and duduk sebelah Lilo. "you are not some prank guy from my husband atau my jiran ke apa kan? Ahli Sihir? Are you kidding me?"
Lilo tengok muka Aidan. hahahahahahhahahaha. Dia da terasa yang mamat ni lama-lama boleh jadi annoying dengan soalan yang tak habis-habis keluar dari mulut dia dengan mak dia pasal ahli sihir. But heyyyy, siapa yang tak akan tanya macam-macam kan kalau tetiba pada satu hari, ada orang ketuk pintu rumah kau and cakap,
"anda seorang ahli sihir!!"
Seolah-olah kau baru diisytiharkan mendapat cabutan bertuah dan menang sebuah kereta yang luar biasa besarnya.
"err, Puan Fedora. Saya tak buat lawak dan saya tak cakap benda tipu. Saya ahli sihir. Anak puan juga ahli sihir" Aidan pandang dia lepas tu.  "Dan dia dapat tawaran belajar ke KGMS pada semester hadapan. One of the best school in the world."
"tapi kan, saya ada soalan. Kenapa saya? Why me?" tanya Lilo tak paham.
"tadaaa. Saya pun tak tahu tapi nama awak memang ada dalam senarai KGMS. Tapi as far as I'm concern, sekejap ye saya cek." Lepas tu Aidan bukak briefcase lagi dan keluarkan file yang mengandungi bermacam kertas warna warni.
Aidan sambung cakap. "Selalunya, memang jadi kes begini, di mana mak dan ayah dia bukan ahli sihir tetapi nenek moyang dia atau beberapa generasi terdahulu lamanya merupakan seorang ahli sihir." Aidan pandang Puan Fedora. "Kalau dilihat dari susur galur awak Puan Fedora, moyang awak, Twilliam Sacromone dan adik lelakinya, Desmond Sacromone, kedua-duanya merupakan seorang ahli sihir dan pernah bersekolah di Beira Interior, Portugal sekitar tahun 1880. Dan makcik kepada Twilliam serta Desmond Sacromone, Hannah Sacromone juga merupakan seorang ahli sihir."

Lilo mengerling emaknya sebab dia tahu, tak mungkin nama moyang ayah pelik pelik macam tu. Reaksi mak memang la priceless waktu tu. HAHAHAHHAHAAH. Mesti emak terkejut yang moyang dia seorang ahli sihir. Ayah berasal dari Selangor. Orang pure Selangor. Dia tak tahu la pulak kalau susur galur ayah dia pun something jugak. Something? KAH. Cara kau cakap macam ianya bervirus. Mak pulak dari Melaka. Apa yang dia tahu, emaknya ada sikit-sikit darah dari tanah Portugis sana.
Puan Fedora terdiam bila dengar apa yang Aidan cakap.
"tapi bukan je dari susur galur Puan Fedora ada darah ahli sihir, dari susur galur suami puan pun ada jugak."Aidan kerut dahi. Lilo pun angkat kening lepas tu. Dari belah ayah pun ada jugak? Aidan husyuk tengok kertas kat tangan kemudian selak-selak muka surat lain pulak. "pada tahun 1705, seseorang bernama Andi Baso pernah belajar di KGMS . Dia merupakan abang kepada datuk suami Puan Fedora."
Lilo cuba hadam perlahan-lahan. Abang kepada datuk suami puan? Emm, maksudnya, abang kepada atuk ayah ialah ahli sihir.
"Andi Baso juga merupakan seorang pengawas pada tahun ke 5 pengajian di KGMS dan pernah menjadi wakil KGMS untuk Duel Tournament yang berlangsung di Beauxbatons. Pada tahun tersebut, Andi Baso merupakan 2nd runner up, tewas pada wakil dari Brazil pada peringkat separuh akhir." Aidan angkat kening. "That's quite impresive actually."
"Ehem." Aidan telan liur sebelum masukkan semula file ke dalam briefcase nya. Lilo and Puan Fedora pandang Aidan dengan muka tak percaya lagi and masih berharap yang Aidan akan menjerit BANG BANG BOOM!!! pastu muka dorang berdua masuk TV3. pfftt. Memang la imaginasi liar. Tapi sebenarnya, dia da macam percaya caya sikit yang dia ni ahli sihir. Eceh wah.

Satu / Cara Aidan wujudkan burung tadi and munculkan bunga tadi memang la macam real gila.

Dua / Tak mungkin TV3 atau mana mana TV siaran mampu buat seperti apa yang Aidan buat iaitu munculkan seekor burung.

Tiga / dia tak rasa ada ahli silap mata yang mampu buat seperti Aidan.
dan ye.

Dia sudah sedikit percaya apa yang Aidan cakap. Dia kerling sikit tengok mak dia. Dia tak tahu la pulak apa pendapat emak dia berkenaan perkara ini. Lepas tu dia tengok mak dia amik surat tawaran dia dari atas meja dan baca satu persatu ayat dekat situ.
"tak kisah la puan atau Lilo tak percaya. Apa-apa pun, Lilo kena beli jugak keperluan belajar dia seperti buku teks dan lain-lain sebelum masuk semester baru nanti."
"tapi Aidan." Puan Fedora belek-belek lagi surat tawaran tu. "Dekat mana kita nak beli barang-barang keperluan ni?" tanya Puan Fedora kerut dahi. Dia tengah meneliti senarai buku dan barang yang tertulis pada muka surat kedua selepas surat tawaran. "look, saya tak rasa dekat KL ada semua barang-barang yang ditulis kat dalam surat tawaran ni. "
"ada je sebenarnya." Pintas Aidan. "Nanti saya boleh temankan Lilo untuk carik sama-sama semua barang tu. Saya pun nak beli barang sikit nanti." balas Aidan sambil tersenyum pandang Lilo lagi. Mamat Aidan ni memang la murah dengan senyuman je.
"really?" Lilo da pandang tak percaya dekat mamat nama Aidan tu. Da la kacak bergaya. Baik pulak tu kat aku. Kah Kah Kah. Tak payah nak bernafsu sangat la bangang.
"yep. I think, kita boleh gerak beli barang-barang tu kejap lagi kot." balas Aidan lepas tengok jam kat tangan. "lagi cepat lagi bagus."
"eh? serious meh?" tanya Lilo tak percaya.
Handphone Aidan berbunyi tak lama lepas tu. Aidan angkat kol. "Hello." Remaja lelaki itu berlalu dari gazebo dan berbual di tempat lain.
Lilo pandang emak dia. "err, mak rasa macam mana?"
Puan Fedora angkat bahu. Pandangan matanya penuh dengan kekeliruan. "entah la Lilo. Semua ni nampak macam mengarut kan?"
Lilo da julingkan mata ke atas. " I know. It's look really ridiculous. Tapi mak tak tengok masa dia munculkan burung kuning, Zap! tetiba je muncul dari tongkat sakti dia tu. Power gila mak."
Puan Fedora da pandang suspicous dekat anak dia. "you are not having hallucination right atta boy?"
"no la emak." Lilo gelak. "by the way, emak tak kenal Twilliam and Desmond Sacromone? Your great grandfather? Ataupun Hannah Sacromone? Nama family emak sebelum ni memang Sacromone kan? I mean, sebelum mak kahwin dengan ayah."
"fine." Mak mengeluh. "Kita memang dari keturunan Twilliam."
"jadi emak rasa apa yang Aidan cakap tu...."
"mak tak tahu sayang." Pintas Puan Fedora usap rambut Lilo perlahan. "emak serius tak tahu. Mak tak tahu Pop Twilliam ialah seorang Ahli Sihir sebelum ni.  And mak tak tahu whether this is a good thing or not you becoming a wizard."
Lilo gelak and tak lama lepas tu Puan Fedora senyum kecil. "A wizard." Lilo julingkan matanya ke atas. "bunyinya macam tak sopan kan? Hey, kau ni ahli sihir. Hey, you are a wizard."
"agak la." gumam Puan Fedora.
Aidan kembali ke arah mereka berdua. "So, Lilo da ready?"
"eh?" Lilo da tunjuk muka pelik. "ready? ready ke mana?"
"beli barang la."
"now?"
"yap. Now as mean, now. Sekarang."




"kita beli barang ahli sihir segala bagai ni dekat mana?"
"area PWTC, The Mall." jawab Aidan pendek sambil senyum pandang Lilo tak bosan.
Lilo tunduk tengok surat tawaran dekat tangan. Dia dengan Aidan berjalan kaki menuju ke stesen LRT terdekat. "tapi like sherious shit Aidan, dekat mana la kita nak carik barang-barang posyen ni. And since when dekat PWTC ada jual ekor Unikorn, serbuk kuku Griffin, seikat rambut Banshee, secekak rambut...." dan makin lama, suara Lilo makin perlahan. Lilo pandang Aidan. "Aidan, kisah pasal KGMS semua ni tak tipu kan?"
Aidan sengih lagi. "Nope Lilo. Tak tipu. Semuanya betul. Aku ahli sihir. Kau ahli sihir. Tunduk!!!" Aidan tolak dia supaya tunduk. Apa yang dia sempat nampak ialah api yang besar menuju ke arah dia dan Aidan. Aidan capai tongkat sakti dari dalam briefcase dan hayun pantas "Tueri!"
Lilo tunduk dan lindungi muka dengan tangan lengan dia. Tapi dia dapat rasa bahang panas api kena kat muka dia. Dia curik-curik tengok. Api marak hanya beberapa inci je jauh dari dia dan Aidan. Dia terkejut sebelum berguling ke belakang. Nampaknya ada orang serang dia dan Aidan tapi Aidan berjaya buat pelindung halimunan tepat pada masanya. Fuck!! Da kenapa tetiba dia dengan Aidan kena serang tetiba.
"kau siapa?" Aidan tilik orang yang serang dia dengan Lilo atas bawah atas bawah.  "Cohors Fures? err, apa yang kau nak?" Tanya Aidan lagi. Nada suara budak lelaki tu tenang-tenang sahaja.
Lilo bangkit dan berdiri belakang Aidan. Bila api tu da hilang, baru dia dapat usha orang yang serang dorang berdua. Lord. Seorang budak perempuan rupanya. Tak la budak sangat pun. Usia ala-ala Aidan jugak la. Budak perempuan tu sengih sambil makan chewing gum. Rupa budak tu da ala-ala gothick pun ye jugak. Dengan celak tebal, kemeja hitam, skirt pendek paras peha berwarna merah serta mengenakan kasut but berwarna hitam.
"budak sekolah mana ni? King George? ke Gwenog? Impressive. Boleh hadang Sihir Api aku." Budak perempuan tu tiup asap yang masih terdapat pada hujung tongkat saktinya itu.
Aidan sengih kecik. Lilo rasa nak cepuk je. Mamat ni da kenapa boleh tersengih lagi? Tak boleh ke kita belah je dari sini. Aku rasa kalau tak Aidan buat sihir something apa entah tadi, dia da boleh kena panggang dengan api budak perempuan tu. Ianya sangat panas okay!
"kamon. Setakat Sihir Api tu. Apa la sangat yang budak King George tak boleh buat."
"really?" Budak perempuan tu berhenti kunyah chewing gum tanda annoying. "Jom kita tengok berapa banyak lagi luck yang kau ada." Budak perempuan tu terus melangkah menghampiri mereka berdua.
Gosh Aidan. Dari pandangan budak perempuan tu je pun, dia boleh tengok yang perempuan tu macam nak bunuh dorang berdua. Macam mana la mamat ni boleh relax je lagi. Dia da gigil takut.
"chill Lilo. Ini baru sikit." kata Aidan sambil senyum. Aidan hayun laju tongkat sakti pada budak perempuan tu. "Funem Torquem!"
Budak perempuan tu terus terjatuh ke atas tanah bila ada tali yang melilit laju kedua-dua kaki dia. "Fuck!" Seranah budak tu. Budak perempuan tu ketuk tongkat dia pada tanah. "Serpens Ignis." Muncul seekor ular dari tanah secara tiba-tiba dan mendompak laju ke arah Aidan dan dia.
Dia terus menjerit sebab terkejut. Ular tu berapi kot! Dan dia nampak dengan jelas taring ular tu yang tajam nak menerkam ke arah dorang berdua. Mana dia tak terkejut. Terus dia berundur makin ke belakang.
"Fulgur Tres." Aidan tembak ular api tu dengan pancaran kilat yang keluar dari tongkat sakti dia. Ular tersebut terus hancur berkecai dan terus Aidan acukan tongkatnya pada budak perempuan tu. "Funem Torquem." Tangan budak perempuan tu pulak yang dililit tali lepas tu. Tongkat saktinya terlepas dari tangan.
Budak perempuan tu terguling-guling atas tanah cuba melepaskan diri dari ikatan tali yang membelenggu tangan and kaki dia. "Fuck!!" Seranah budak perempuan tu lagi. "lepaskan aku la setan!!" Budak perempuan tu da meracau racau marah.
Aidan tergelak kecik sebelum berjalan ke arah budak perempuan tu. Lilo ekori rapat Aidan tapi masih takut-takut.
"gosh dude." Aidan tendang tongkat sakti perempuan tu jauh-jauh sebelum tunduk merenung budak perempuan gothick tu lagi. "apa nama kau? Sihir kau biasa-biasa je. Amatur. Tak memberi cabaran kat aku langsung. I didnt even put my briefcase away. Are you sure kau salah seorang Cohors Fures?” Aidan angkat kening. Lilo kerling Aidan. Ya. Dia baru sedar yang Aidan masih tenang-tenang sahaja dan masih memegang briefcase itu seolah-olah mereka berdua tak pernah diserang oleh seorang perempuan gila berpakaian gothic, seekor ular berapi dan juga semburan api yang maha besar sebentar tadi.
Budak perempuan tu mula mencarut-carut lepas tu mintak dilepaskan.
“aku tak suka kau sebab kau suka mencarut.” Putus Aidan.
Budak perempuan tu meludah ke tepi. “pergi mati.”
Aidan ketuk tongkat sakti dekat kepala budak perempuan tu. “immemorabilis.”
Lilo tengok budak perempuan tu mencarut-carut lagi tapi takde suara yang keluar. Budak perempuan tu terkejut bila tersedar yang suara dia da takde. Terus berguling-guling protes tanda marah lepas tu. Apa-apa pun yang budak perempuan tu mencarut lepas tu, memang tak dengar apa da. Tapi apa yang Lilo nampak, budak perempuan tu nampak macam meraung-raung and terjerit-jerit maki dorang berdua.
“That’s better.” Aidan sengih nakal. “Jom Lilo. Banyak barang nak kena beli ni.” Aidan berlalu dari situ dan Lilo pantas mengekori. Dia pusing ke belakang untuk tengok budak perempuan tu lagi. Dan apa yang dilihatnya, budak perempuan tu masih berguling-guling cuba lepaskan diri.




aku sebenarnya tak la berapa pandai sangat nak buat aksi magis segala bagai ni. haha. aku totally loser. aku sebelum ni pernah buat cerita pasal pembunuh upahan, and ianya memang teruk. KAH KAH KAH. aku dari dulu memang sedar yang aku memang agak loser dalam membuat cerita yang ala-ala aksi ni. 

heh, aku lagi okay kalau tulis cerita pasal life, pasal remaja, pasal orang sekeliling and something like that la. I dont know whether you guys suka atau tak dengan cerita MAGIS ni tapi aku nak try something new.  HAHAHAHHA., ah, lantak korang. korang suka ke tak ke, korang kena baca jugak. 

apa-apa pun, I need your comment and thought about this story. siapa tak komen, anda bakal dirasuk. sekarang ni aku tengah nak membuat chapter 9 of MAGIS. semoga sikap rajin gua makin berterusan. haha. 

kalau korang ada better idea about this story pun, boleh la share your thought kat ruangan komen. It will be really helpful and really amazing from you guys. Mungkin idea dari korang boleh buat cerita MAGIS ni menjadi lebih menarik. 

so, apa pendapat korang tentang Aidan? cool? amazing? charming? nerd? remaja yang nakal? heh. 

jangan lupa jugak baca entry-entry gua yang lain kay. siapa nak borak, boleh mensi gua di twitter

@Inchethakif

till we meet again rakan-rakan!! and adios amigos. 

p/s
esok nak jejalah BBW! Yippy!!!


8 comments:

  1. best story ni. layan la jugak.... tapi masih menantikan sambungan cerita remaja. can't wait to know what happen between haikal and hisya...

    ReplyDelete
  2. As usual. best. hahaha. tapi kan. your magic spell. susah nk pronounce. hahaha. xD

    ReplyDelete
  3. Cant wait for the next chapter :P

    ReplyDelete
  4. Waa. umur kita jarak 2 tahun ja xD
    'Da la kacak bergaya. Baik pulak tu kat aku' <--- habis lah Lilo pun tertarik kt laki. i can feel that. hahaha.
    Can't wait lilo meet haikal or hisha nanti. xD

    ReplyDelete
  5. Next, i hope x tiru sangat jalan citer harry potter tu yer.. try blend dengan witch school lain.. mcm cartoon winx tu ker...

    ReplyDelete
  6. Kalo aidan tu nakal and suka sakat lilo..cam brothers..tpi camne nak selitkan hisha and haikal??kalo haikal jadi roomate ngan lilo ok gak..hisha lak actually kawan aidan..atau musuh lama..arghhh otak aq da overdose...too much anime+korean+thai gay movie=rainbow in my eyes..

    ReplyDelete
  7. Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya IBU HERAWATI seorang TKW dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar IBU DARNA yg dari singapur tentan AKI SYHE MAULANA yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor Togel toto 6D dr hasil ritual/ghaib dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.230.000 Ringgit ,kini saya kembali indon membeli rumah dan kereta walaupun sy Cuma pembantu rumah tanggah di selangor malaysia, sy sangat berterimakasih kepada AKI SYHE MAULANA dan tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui AKI MAULANA saya juga sudah bisa sesukses ini. Jadi kawan2 yg dalam kesusahan jg pernah putus asah, kalau sudah waktunya tuhan pasti kasi jalan asal anda mau berusaha, ini adalah kisah nyata dari seorang TKW, AKI MAULANA adalah guru spiritual terkenal di indonesia. jika anda ingin seperti saya silahkan Hub: 0852-9827-5599 atau kunjungi situs/website KLIK DISINI DUNIA GHAIB


    ReplyDelete

Kalau rasa entry ni best, boleh komen :)