Nuffnang

Wednesday, 18 November 2015

Sinopsis of Magis #167

Hai semua!! *lambai-lambai* HAHAHHAHA. korang tengah buat apa? perghh, lama gila aku tak update blog aku ni. KAH KAH KAH. da boleh tahap bersawang da. bukan aku tak nak update tapi ada satu masa tu , aku jadi tawar hati. tu yang menyebabkan aku tak update blog. and at the same time, aku tengah melarikan diri dari sesuatu. tu pun antara sebab aku tak update blog. lama-lama aku pikir, sampai bila aku nak lari and da kenapa pulak aku nak abandon blog aku yang tersayang ni kan? HAHAHA. cian dia.

so, baru-baru ni aku ada tulis cerita baru iaitu Magis. eh? mana cerita REMAJA pulak? well, cerita REMAJA tu aku hold dulu ea. bukan aku tak nak tulis and update tapi aku ada alasan aku yang tersendiri. harap kau orang faham kay. hehehe. korang kan pembaca dan remaja yang baik, jangan marah aku tau.

jadi, cerita MAGIS ni pasal apa pulak? well, entry ni aku cerita pasal sinopsis cerita MAGIS la. sabar jap kau. HAHAHAHAH. cerita MAGIS ni so far aku da buat sampai 7 chapter and hope kau orang suka la macam kau orang baca ASRAMA, REMAJA dan jugak PLAYBOY. hiks. by the way, cerita MAGIS ni bukannya cerita beromen berogol yang macam aku pernah tulis sebelum ni. KAH KAH KAH, tak payah nak hampa sangat la woi!

Sinopsis MAGIS.

Hai. Nama aku Lilo. Lilo Nezmi. Dunia ni pelikkan? banyak tipu muslihat. banyak tipu daya. banyak pembunuhan. banyak ahli politik yang korup. urghh. dunia ni memang pelik. dan aneh. dan dunia ni jugak bukan sahaja didiami oleh manusia, haiwan, tumbuhan, setan, jin, bunian, alien..... emm, errr, alien tu aku tak pasti la pulak wujud atau tak kat dunia ni. tapi yeah, dunia ni bukan je didiami oleh golongan-golongan yang aku nyatakan tadi. Dunia ni jugak didiami oleh satu golongan lain iaitu Ahli Sihir. pernah dengar nama Merlin? pernah dengar nama Harry Potter? pernah dengar kisah Sabrina and The Witch? pernah dengar kisah Ahli Sihir Salem? ye. mereka semua wujud. kami semua wujud. cuma kau dan kau dan kau dan kau dan kau yang di sana, di sini, di situ dan di mana mana je yang tak tahu kami si Ahli Sihir ni wujud dan masih wujud. Kami wujud. dan kami hidup macam kau semua. This is our story. err, I mean, this is Lilo Nezmi's story. Ini cerita tentang seorang manusia tidak normal bernama Lilo Nezmi yang tinggal di sebuah planet bernama Bumi.


ni aku kasi preview untuk cerita MAGIS sikit.

Chapter 1 of MAGIS.

Hai. Nama gua Lilo. Gua? Hahaha. Aneh bunyinya. Aku rasa macam cakap, hai, nama saya Gua Niah. Hai nama saya Gua Kecil. Gua terlalu pelik bunyinya bagi aku. Jadi aku rasa, aku pergi kepada perkenalan biasa je la.
Hai. Nama aku Lilo. Lilo Nezmi. Seorang budak lelaki belasan tahun yang masih hingusan. Hahahahaha. Aku gelar diri sendiri hingusan sebab nak dapat belas kasihan pakcik dan makcik untuk kutip duit raya. Walaupun yeahh *rolling eyes* aku ni ahli sihir tapi aku tak boleh pop out kan duit tu macam apa je depan mata and terus jadi kaya raya semedang sepanjang zaman. Even Albus Dumbledore si bekas pengetua Hogwarts pun tak boleh buat macam tu yop. Mesti korang rasa macam bangang kan. Apa je la mamat ni merepek. Ahli sihir? Gosh dude. Is it even real yang ahli sihir tu wujud? Aku macam tak percaya je.
Meh sini kalau kau tak percaya. Kau datang depan aku and lepas tu aku sihir kau jadi katak. Kah kah kah. Suka hati kau la yop nak percaya ke tak yang ahli sihir wujud ataupun tidak. Yang penting aku tahu , ahli sihir macam aku memang wujud. Ya ya, aku tahu memang ramai yang akan persoalkan, macam mana nak tahu yang ahli sihir tu ada.
Well, apa yang aku boleh cakap, ada je banyak ahli sihir keliling kau, cuma kau je yang tak sedar. Sebagai contohnya, kau pernah tak tetiba terhilang barang. Example yang paling mudah, tetiba kau tak jumpa kunci motor kau padahal kau da yakin gila yang kau letak kunci motor kau kat atas meja makan. Sebenarnya kunci motor kau ada je atas meja makan tu cuma kunci tu mengecut jadi kecik sampai kau tak nampak. Memang la orang selalu cakap,
"ni mesti tertinggal mana-mana atau tercicir mana-mana." Tapi the real story is, mesti ada ahli sihir yang kenakan kau and guna Sihir Mengecut pada kunci motor kau.
Contoh yang lain pulak, pernah tak tetiba kau bangun tidur, tangan kau berbekas merah la ataupun kaki kau tetiba kejang la atau tetiba ada lebam la kat anggota badan atau kau rasa penat gila macam baru lepas buat marathon merentas Malaysia satu hari satu malam atau tetiba ada luka kat tangan la jari la lepas bangun tidur. Mesti pernah kan? Well, sebenarnya kau da encounter dengan ahli sihir sebelum tu tapi kau tak ingat. Semestinya la ahli sihir tu guna Sihir Bingung pada kau atau guna Sihir Mimpi supaya kau tak ingat yang kau da pernah encounter atau jumpa dengan dorang sebelum itu.
Kalau rumor orang tua pulak selalu cakap, kalau lebam-lebam atau luka lepas bangun tidur tu mesti kena hempap dengan setan la kena gigit dengan jin la bunian la apa la, pfft. Hahahahhahahahahahahah, bila aku da kenal dengan dunia sihir, benda rumor yang orang tua-tua pernah cakap, memang la buat aku gelak je.
Kau kadang-kadang tak paham, kenapa lepas bangun tidur rasa penat je ataupun kenapa rasa mengantuk lagi padahal da tidur lama gila. Sebenarnya, kau tak la tidur lama sangat. Kau cuma tidur sekejap je. Tapi ye la, sebab ahli sihir da buat Sihir Bingung atau Sihir Mimpi pada kau, mana la kau nak ingat. Kan?
Jadi, macam mana nak mulakan ye. Emm, macam mana nak mulakan cerita ni? Macam mana aku nak cerita pada hangpa semua pasal kisah aku. Hah! Aku tahu macam mana nak mulakan cerita ni. Well, every story. I mean, setiap kisah kanak-kanak mesti akan bermula dengan....wait a sec. Kisah kanak-kanak? Hahahahahhahah. Kisah kanak-kanak pun boleh. Ah gasak, jadi, let's start our story.

Once upon a time....

Klise kan? Hahahahhaha. Lantak. Sekarang dengar.....

Pada suatu ketika dahulu, dan masa tu, umur aku baru je 14 tahun masa aku dapat surat tawaran belajar ke sekolah ahli sihir. Masa tu aku dapat surat tawaran belajar ke KGMS. Banyak je sekolah ahli sihir lain kat dunia ni. Berlambak. Yang paling femes, tentunya Hogwarts yang dekat UK itu. And then Salem dekat Turki, Beauxbatons dekat Perancis, Durmstrang dekat Iceland, Lodewijk dekat Belanda and sekolah tersayang aku, KGMS dekat Malaysia. Ye ye. Aku tahu. Hogwarts, Beauxbatons and Durmstrang pernah dinyatakan dalam novel JK Rowling. *rolling eyes*  JK Rowling pun bukanlah manusia biasa. Dia ahli sihir macam kitorang jugak. Sebab tu dia boleh tulis kisah Harry Potter dengan sangat bagus. Sebab Kisah Harry Potter tu ialah kisah yang betul. Cerita benar yang sememangnya benar lagi tidak menipu.
Aku pun tak pasti kenapa manusia biasa tak pernah tahu and tak pernah nampak sekolah-sekolah sihir ni tapi aku rasa mesti ada Sihir Plot yang digunakan. Kalau dekat area KL, aku rasa ada satu sekolah sihir area Bukit Nanas sana tapi tu pun aku tak berapa pasti sangat.  Aku pun tak tahu macam mana aku boleh dapat tawaran belajar ke KGMS. Sebab as far yang aku tahu, mak bapak aku bukan lah ahli sihir pun. Adik beradik aku pun bukan ahli sihir and tak pernah guna tongkat sakti sebelum ni. Cuma nenek moyang belah mak and ayah yang ada darah ahli sihir sikit.  Aku ada 3 orang adik beradik and aku anak yang last sekali. Aku ada seorang abang and seorang kakak. Abang and kakak aku jalani kehidupan macam budak-budak biasa.
Pergi sekolah kebangsaan, ambik UPSR, ambik PMR, masuk MRSM and then ambik SPM dan berharap dapat masuk mana-mana universiti yang gempak lagi power. Sekarang abang aku belajar dekat MRSM Taiping and kakak aku pulak budak SEMASHUR. Jadi, bila satu hari tu, ada orang ketuk rumah aku (kitorang selalu biarkan pagar rumah terbukak luas sebab senang kucing-kucing kitorang keluar masuk rumah and yeah, orang-orang yang menjual pun senang masuk rumah kitorang) and mak aku bukak pintu.


okay. tu je preview MAGIS yang aku nak kasi korang baca, haha. jangan hampa jangan risau. from now and on, aku akan kerap update blog sebab aku da mula dapat atasi rasa kekecewaan dan depress aku. cuma sekarang agak penat sikit la sebab da mula start writing chapter 1,2 and 3 untuk Final Year Project aku. apa-apa pun, aku sentiasa perlukan ucapan goodluck dari anda semua! heh.

till we meet again. adios amigos dan assalamualaikum!

p/s
eh. korang jangan hampa tau. aku still je tulis cerita REMAJA tu. jangan risau. ada masa korang akan kembali berjumpa dengan Haikal and Paan and Hisha balik. ni ialah sneak peek untuk REMAJA


Dia klik perkataan inbox sekali lagi untuk tengok nama email yang hantar pada dia itu.
"AlumniKTE@hotmail.com" gumam Haikal.
"woitt."
Haikal terkejut sebelum berpaling ke arah pintu. Zahid baru balik dari kerja and terus letak beg sandang kat tepi almari.
"kau tengah buat apa tu?" tanya Zahid menyeringai. "haaaaa, kantoi tengok porn!"
"bangang." Gumam Haikal sambil julingkan mata ke atas. "baca email." jawab Haikal yang pandang semula ke arah laptop. jantung tetiba berdegup lagu. oh fuck. kau da kenapa wahai jantung?
Zahid terus tanggalkan baju lepas tu main campak je atas katil and terus bergerak ke arah Haikal yang duduk kat meja belajar hadap laptop. Zahid berdiri belakang kerusi Haikal dan tundukkan pandangan untuk baca apa yang ada dekat skrin laptop Haikal. Tangan Zahid kiri dan kanan ditopang pada meja belajar. sekilas pandang nampak macam Zahid peluk Haikal dari belakang walaupun Haikal duduk selamba je dekat kerusi tu. Haikal tak boleh nak pusingkan kerusi dia sebab Zahid betul-betul berdiri belakang dia.
Haikal terus terbau Axe yang dipakai oleh Zahid. "kau pakai perfume apa ni?" tanya Haikal walaupun dia da tahu perfume apa yang dipakai oleh Zahid tu sebab ye la, setiap kali nak shopping barang-barang rumah ke dapur ke keperluan diri ke, memang dia semedang je pergi berdua dengan sepupu dia tu.  dia tak tahu kenapa, tapi dia suka bau yang ada kat Zahid tu. tetiba dia blushing. da kenapa tetiba nak blushing dekat sepupu sendiri la setan? sure kau ni incest la Haikal. mari la kita tampiaq diri sendiri sebab berfikiran super bangang.  HAHAHAHHAHAHAHAHAH.
"axe." jawab Zahid perlahan. mamat tu baca apa yang ada kat skrin laptop Haikal. Haikal menjulingkan matanya ke atas sekali lagi. selamba je nak baca email aku. dia ingat baca email aku ni salah satu hak dia jugak ke walaupun aku tumpang rumah dia untuk kembalikan ingatan aku.
"Impressive." Zahid tersengih lepas baca email Haikal tu. "best gila sekolah kau. aku tak rasa sekolah aku akan hantar email jemputan macam tu kat kitorang. " lepas tu Zahid terus berlalu and capai tuala sebelum gerak masuk toilet. Zahid bersiul-siul dalam bilik mandi lepas tu nyanyi lagu We Are Young.
Haikal pandang balik tengok email yang dia dapat tu sebelum teguk liur.

kalau nak borak ke apa ke, boleh la borak dengan aku kat twitter. Boleh carik twithandle aku @IncheThakif

10 comments:

  1. Tolong register nama aku masuk sekolah ahli sihir sekali .. nak belajar sihir halimunan .. kehkeh

    ReplyDelete
  2. org tu bz kat watpad. nanti hapdate citer magis lagi ok?

    ReplyDelete
  3. Nama Lilo tu cute sngt. hahaha. -sekian lama menunggu akhirnya muncul jugak si sharky nih.. Dpt baca sikit pun jadi tuk remaja tu.. zahid pakai AXE ? hahaha. kite geng woo zahid. ��
    welcome back sharky..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha. Omey kan nama lilo. HiKs. Aku pun pakai axe. Satu geng! Wuwuwuw

      Delete
  4. lama gler x bukak blog mu ini... nice ade citer baru n ade sneak peek remaja

    nyum2... hahaha

    ReplyDelete
  5. hai aku org baru..best giler lah cerita REMAJA and ASRAMA...walaupun bru minggu lepas start baca and tngah hadap spm tpi layan trus cerpan ni dah kisah pasal biologi haritu sebab minat sngat pasal haikal dan hisha ehehehh

    ReplyDelete
  6. Dh 3 taun aq baca blog kau ..xprnh aq komen kah..tpi best gilaa ahh cerita ko shark

    ReplyDelete
  7. Assalamu alaikum wr wb,,senang sekali saya bisa menulis dan berbagi kepada teman2 melalui room ini, sebelumnya dulu saya adalah seorang Pengusaha Butik yg Sukses, kini saya gulung tikar akibat di tipu teman sendiri, ditengah tagihan utang yg menumpuk, Suami pun meninggalkan saya, dan ditengah himpitan ekonomi seperti ini, saya coba buka internet untuk cari lowongan kerja dan secara tdk sengaja sy liat situs pesugihan AKI SYEH MAULANA Di Website/situnya Saya pun langsug hubungi beliau dan Semua petunjuk AKI saya ikuti dan hanya 3 hari, Alhamdulilah benar benar terbukti dan semua utang saya lunas dan sisanya buat modal usaha, kata kata beliau yang selalu sy ingat setiap manusia bisa menjadi kaya, hanya saja terkadang mereka tidak tahu atau salah jalan. Banyak orang menganggap bahwa miskin dan kaya merupakan bagian dari takdir Tuhan, Takdir macam apa? Tuhan tidak akan memberikan takdir yang buruk terhadap kita semua, cobaan yang Tuhan berikan merupakan pembuktian seberapa kuat Anda bertahan di dalamnya, Tuhan tidak akan merubah nasib Anda jika Anda tidak berusaha untuk merubahnya. saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui Ritual Penarikan Dana Hibah AKI ZYEH MAULANA saya Bisa sukses, Jadi kawan2 yg dalam kesusahan jg pernah putus asah, kalau sudah waktunya tuhan pasti kasi jalan asal anda mau berusaha, AKI ZYEH MAULANA Banyak Dikenal Oleh Kalangan Pengusaha Dan Artis Ternama Karna Beliau adalah guru spiritual terkenal di indonesia, jika anda ingin seperti saya silahkan Tlp Aki Di 0852-9827-5599 atau KLIK DISINI PESUGIHAN AKI MAULANA Wassalam

    ReplyDelete

Kalau rasa entry ni best, boleh komen :)